Page 206 - SK tingkatan 5
P. 206
CONTOH 34
Contoh 34 menunjukkan penggunaan math.sqrt() dan math.pow() daripada sumber pautan http://
cdnjs.cloudfare.com/ajax/libs/mathjs/3.7.0/math.min.js. Atur cara JavaScript dan output ditunjukkan dalam
Jadual 3.1.32.
Jadual 3.1.32 Contoh atur cara JavaScript dan output (math.js daripada sumber pautan)
Atur cara Contoh Output
<html>
<head>
<script src="http://cdnjs.cloudflare.com/
ajax/libs/mathjs/3.7.0/math.min.js"> 1
</script>
</head>
<body>
<script>
document.write("Punca kuasa dua bagi 4
ialah ", math.sqrt(4)); 2
document.write("<br>3 kuasa 2 ialah ",
math.pow(3, 2)); 3
</script>
</body>
</html>
Penerangan:
1 Pada <head> tetapkan sumber yang dirujuk, iaitu http://cdnjs.cloudflare.com/ajax/libs/mathjs/3.7.0/math.min.js.
2 Sekarang, fungsi-fungsi daripada pautan di atas boleh digunakan. Contoh: math.sqrt(4). Tugas fungsi
math.sqrt(4) ialah mengira punca kuasa dua bagi 4 dan document.write() memaparkan hasilnya.
3 math.pow(3,2) pula akan melaksanakan operasi 3 kuasa dua dan memaparkan hasilnya.
date.js
Antara standard library yang lain adalah date.js.
1 Download fail date.js di mana date.js ialah fail JavaScript yang mengandungi kandungan
fungsi-fungsi untuk operasi matematik.
2 Gunakan fungsi-fungsi tertakrif dalam date.js. Jadual 3.1.33 menunjukkan fungsi-fungsinya.
Jadual 3.1.33 Fungsi-fungsi dalam date.js
Fungsi Penerangan
Date.today() Menghasilkan tarikh hari ini
Date.parse('today') Menukar bentuk objek kepada bentuk objek Date
Date.today().add().days() Menambah hari kepada hari ini
Sila rujuk http://www.datejs.com/2007/11/27/getting-started-with-datejs/ untuk lain-lain fungsi
dalam date.js.
198 Sains Komputer Tingkatan 5 PB

