Page 230 - SK tingkatan 5
P. 230
LATIHAN PeNgUKUHAN 3.1
1 Tulis tag HTML untuk meletakkan imej (car.png) di sudut kiri atas dokumen HTML.
2 Bina carta alir untuk mendapatkan suhu tertinggi (maksimum) bagi senarai suhu yang
diterima daripada penggunaan sebuah sensor suhu.
3 Terangkan aplikasi penggunaan struktur ulangan for, while dan do…while secara
ringkas dengan memberikan contoh-contoh yang bersesuaian.
4 Berikan ungkapan aritmetik JavaScript yang menggunakan fungsi matematik yang terdapat
dalam math.js untuk menulis formula matematik di bawah:
E = MC 2
5 Satu function KiraPurata()dihasilkan dalam atur cara JavaScript seperti di bawah:
function KiraPurata(senaraiHarga)
{
var i, bilangan=senaraiHarga.length, jumlah=0, purata=0;
for(i=0; i<bilangan; i++)
{
jumlah=jumlah+senaraiHarga[i];
}
purata = jumlah/bilangan;
return purata;
}
Tulis pernyataan untuk memanggil function tersebut.
6 Diberi subatur cara JavaScript bernama MAJLISMAKAN( ) yang mempunyai tiga parameter,
iaitu nama organisasi, pilihan menu sama ada daging atau ayam (1: Daging, 2: Ayam),
dan bilangan tetamu. Subatur cara ini akan menyemak pilihan menu yang dipilih dengan
menggunakan pernyataan if dan seterusnya mengira kos bagi majlis makan malam
tersebut berdasarkan bilangan tetamu yang hadir seperti yang berikut:
function MAJLISMAKAN(namaOrganisasi, menu, bilTetamu)
{
if (menu==1)
kos=15.00;
else if (menu==2)
kos=20.00;
jumlahKos=kos*bilTetamu;
document.write (“<br>Nama Organisasi: ” + namaOrganisasi + “<br>Kos
bagi ” + bilTetamu + “ bilangan tetamu (RM): ” + jumlahKos);
}
Tulis pernyataan JavaScript untuk memanggil subatur cara MAJLISMAKAN( ) bagi
organisasi-organisasi seperti yang berikut:
222 Sains Komputer Tingkatan 5 PB

