Page 232 - SK tingkatan 5
P. 232
3.2 Bahasa Penskripan
Pelayan
Standard
Pembelajaran 3.2.1 Pembangunan Laman Web
Pada akhir pembelajaran dengan Menggunakan Bahasa
murid dapat
3.2.1 Menjelaskan fungsi Penskripan Pelayan
laman web sebagai
penghubung antara Keperluan Laman Web Antara Pengguna
pengguna dengan sistem
dalam rangkaian dengan Sistem Dalam Rangkaian
3.2.2 Menghasilkan dan Bayangkan anda merupakan seorang pengawas perpustakaan dan
menyimpan data dalam fail merupakan setiausaha bagi badan tersebut. Anda telah diarahkan untuk
teks (.txt)
menulis laporan lengkap mengenai keberkesanan sistem pinjaman buku di
3.2.3 Menggunakan bahasa perpustakaan sekolah. Apakah perkara pertama yang akan anda lakukan
penskripan pelayan untuk sebelum memulakan penulisan laporan anda?
membina laman web yang
unik bagi setiap pengguna Sewajarnya kita perlu mencari bahan untuk merangka isi dalam
3.2.4 Menggunakan data laporan tersebut atau sekurang-kurangnya meneliti format yang sesuai
yang diimport daripada fail untuk menulis. Situasi ini mempunyai persamaan dengan pembinaan
teks untuk menyelesaikan
masalah laman web. Sebelum laman web dibina, seseorang pereka web harus
merancang terlebih dahulu bagaimanakah sesuatu laman web tersebut
3.2.5 Menggunakan data
yang diimport daripada dipersembahkan. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap laman web
fail pangkalan data untuk yang dibangunkan itu akan menjadi perantara yang akan menentukan
menyelesaikan masalah cara pengguna akan berinteraksi dengan sistem yang digunakan.
3.2.6 Melakukan Dalam era teknologi di hujung jari ini, pasti anda sudah mempunyai
pengesahsahihan (validation)
pada data input daripada pengalaman yang berbeza-beza apabila melayari pelbagai jenis laman
pengguna web dalam Internet. Sebagai contoh, sekiranya anda melayari laman web
enjin carian, anda perlu memasukkan kata kunci yang bersesuaian untuk
3.2.7 Membina (create),
mengemas kini (update), mendapatkan maklumat yang anda kehendaki.
membuat sandaran (backup)
dan memulihkan (restore) Hal ini disebabkan laman web tersebut membantu pengguna untuk
pangkalan data mencapai maklumat yang dikehendaki. Akan tetapi, sekiranya anda
3.2.8 Melaksanakan melayari laman web mana-mana syarikat penerbangan, anda perlu
beberapa bentuk pertanyaan memasukkan destinasi yang ingin anda lawati serta tarikh untuk sistem
(query) pangkalan data memaparkan harga tiket yang anda inginkan.
3.2.9 Membina daftar (sign
up) dan log masuk (login) Setiap laman web akan mengehendaki pengguna memasukkan
pada laman web input yang berbeza bagi membenarkan sistem memaparkan maklumat
mengikut keperluan pengguna tersebut.
3.2.10 Menghasilkan
atur cara yang dapat
mengesahkan pengguna Cuba anda bayangkan tanpa laman web, bagaimanakah anda akan
dan mengemas kini data berinteraksi dengan sistem perbankan, enjin carian ataupun media sosial?
dalam pangkalan data Mampukah anda berinteraksi dengan sistem?
224 Sains Komputer Tingkatan 5 PB

