Page 235 - SK tingkatan 5
P. 235

3.2.2   Penghasilan dan Penyimpanan
                           Data dalam Fail Teks (.txt)                                 Tahukah
                                                                                           Anda
                  Sesuatu data yang dimasukkan oleh pengguna daripada laman web
                  boleh disimpan ke dalam pelayan dalam bentuk fail teks. Sebagai contoh,   Hypertext
                  apabila pengguna (user) memasukkan nama serta kata laluan, maklumat   Preprocessor (PHP)
                  tersebut boleh disimpan dalam fail teks dalam komputer pelayan. Untuk   menyokong jenis fail
                  melakukan tugas sedemikian, kita akan menggunakan fungsi "fopen"    untuk tujuan operasi
                  sebagai arahan yang akan dilaksanakan dalam pelayan.                input dan output
                                                                                      ke atas fail seperti
                     Skrip  Hypertext Preprocessor atau PHP dilaksanakan oleh komputer   fail teks. Dengan
                  pelayan. PHP menyediakan keupayaan pengaturcaraan untuk memproses   menggunakan PHP,
                  sesuatu  tugas  dan  akan  dilaksanakan  oleh  pelayan.  Rajah  3.2.1  ialah   kita boleh membaca/
                                                                                      menulis data daripada
                  contoh ringkas penskripan PHP dan hasilnya akan dikembalikan kepada   /ke fail teks.
                  pelayar.  Beberapa operasi asas terhadap fail teks adalah seperti yang
                  ditunjukkan dalam Rajah 3.2.2.




                                                                                             Mencipta/
                                                                        Menulis data         membuka
                    <html>
                                                                         terhadap fail        fail teks
                    <body>                                                  teks
                      <h1> Halaman PHP saya yang pertama </h1>
                      <?php
                                                                                    Operasi
                           echo "Selamat Datang";                                    Asas
                      ?>
                    </body>                                            Membaca               Menyunting
                                                                         data              (mengubah dan
                    </html>
                                                                        daripada           menambah) fail
                                                                        fail teks              teks

                           Rajah 3.2.1  Contoh ringkas penskripan PHP
                                                                        Rajah 3.2.2  Operasi asas terhadap fail teks


                  Mencipta/membuka fail teks
                  Sebelum sebarang operasi terhadap fail teks dilaksanakan, fail teks
                  tersebut mestilah dibuka terlebih dahulu. Berikut merupakan sintaks untuk
                  mencipta/membuka fail teks, iaitu menggunakan fungsi "fopen" yang
                  akan dimasukkan dalam laman web.




                             $f=fopen("nama fail teks", mod capaian);




 PB                                                                BAB 3  Pengaturcaraan Berasaskan Web 227
   230   231   232   233   234   235   236   237   238   239   240