Page 233 - SK tingkatan 5
P. 233

Kesimpulannya,  kewujudan  laman  web ini  adalah  untuk  menjadi   Tahukah
                  perantara dalam menentukan bagaimanakah pengguna boleh berinteraksi
                  dengan sesuatu sistem dalam Internet. Oleh sebab itu, sebelum sesuatu   Anda
                  laman web dibina, kita perlu terlebih dahulu mengenal pasti, apakah tujuan
                  laman web itu dibina. Perkara ini dikatakan demikian kerana paparan   Tim Berners-Lee telah
                  dalam laman web akan menentukan cara seseorang pengguna itu dapat   membangunkan World
                  memanipulasikan maklumat dalam sesebuah sistem dan menentukan       Wide Web (WWW)
                                                                                      kepada majikannya,
                  sejauh manakah capaian pengguna terhadap sistem tersebut.           CERN pada tahun
                                                                                      1989. Pada tahun
                                                                                      1990, beliau telah
                  Konsep Pelayan                                                      mencipta pelayar
                                                                                      web yang pertama
                  Apabila kita ke sebuah restoran, kita akan memanggil pelayan restoran   untuk WWW.
                  untuk membuat pesanan makanan yang kita pilih berdasarkan menu
                  yang diberikan. Seterusnya pelayan akan memastikan pesanan klien akan   Sumber:
                                                                                      https://www.w3.org/
                  diproses oleh tukang masak dan dihantar semula kepada klien mengikut   People/Berners-Lee
                  kehendak klien. Dalam analogi ini, pelanggan restoran ialah satu pihak
                  yang meminta servis daripada pelayan restoran dan pelayan restoran ialah
                  pihak lain yang akan memenuhi kehendak klien.
                     Begitu jugalah konsep pelanggan/pelayan model yang digunakan
                  bagi menyokong komunikasi menerusi Internet. Model ini berasaskan
                  pengagihan fungsi antara klien dengan pelayan.
                     Klien ialah apa-apa mesin atau proses yang memohon servis yang
                  spesifik daripada pelayan manakala pelayan ialah mesin atau proses yang
                  memberikan servis kepada klien. Proses klien dan pelayan ini boleh berlaku
                  dalam satu sistem komputer yang sama atau dalam sistem komputer
                  yang berbeza yang dihubungkan melalui rangkaian. Dalam persekitaran
                  Internet dan rangkaian, pelayar web akan bertindak sebagai klien web
                  manakala pelayan web pula adalah sebagai pelayan.                   Bahasa Penskripan
                                                                                      Pelayan
                                                                                      https://goo.gl/0xKutg
                  Bahasa Penskripan Pelayan

                  Bahasa penskripan pelayan ialah program yang dilaksanakan di sebelah
                  pelayan atau pelayan web yang melatari pembangunan web.
                     Ibarat sebuah rumah yang perlu disokong oleh pelbagai fungsi untuk
                  melengkapkan fungsi rumah itu sendiri seperti pendawaian elektrik, sistem
                  paip dan sistem saliran, begitu juga fungsi bahasa penskripan pelayan
                  dalam sesebuah laman web. Salah satu fungsi bahasa penskripan pelayan
                  ialah  mengakses  data  daripada  pangkalan  data.  Sekiranya  pengguna
                  memohon suatu laman web dipaparkan dengan menggunakan pelayar,
                  permintaan tersebut akan dihantar kepada pelayan web. Kemudian, pelayan
                  web akan mencari laman web yang dikehendaki dan memindahkan laman
                  web tersebut kepada pelayar untuk diterjemahkan dan dipaparkan kepada
                  pengguna.



 PB                                                                BAB 3  Pengaturcaraan Berasaskan Web 225
   228   229   230   231   232   233   234   235   236   237   238