Page 234 - SK tingkatan 5
P. 234
Antara sebab utama penskripan pelayan diperlukan ialah bahasa
penskripan pelayan tidak bergantung pada pelayar. Jika dibandingkan
dengan penskripan klien yang bergantung pada pelayar, isu akan timbul
apabila penskripan klien yang digunakan tidak disokong oleh pelayar.
Keadaan ini berbeza dengan penskripan pelayan yang kesemua
pemprosesan dilakukan di sebelah pelayan, maka isu pemprosesan
Web Pages and disekat oleh pelayar tidak akan timbul.
Web Apps Namun begitu, kadangkala bahasa penskripan pelayan tidak begitu
goo.gl/QfnxT2
selamat memandangkan penskripan pelayan boleh digunakan untuk
menggodam laman web. Oleh sebab itu, laman web yang bagus perlu
menggunakan kedua-dua jenis bahasa penskripan klien dan pelayan
AplikAsi bagi menyokong proses pengesahan di sebelah klien dan juga disebelah
HAriAn pelayan untuk tujuan keselamatan laman web tersebut.
Perl telah merangkumi Memandangkan penskripan pelayan berupaya untuk memberikan
banyak bidang IT.
Perl merupakan respons mengikut kehendak pengguna, bahasa penskripan pelayan
tulang belakang digunakan bagi aplikasi seperti yang berikut:
analisis bioinformatik
dalam bidang sains • Papan pesanan
yang berkembang • Buku pelawat blog
pesat. Perl memberi
sumbangan besar Terdapat banyak pilihan bahasa penskripan pelayan yang boleh
dalam bidang biologi, digunakan oleh laman web bagi menyokong interaksi dengan pelayan web
terutamanya dalam untuk memanipulasikan data. Antara bahasa penskripan pelayan adalah
Projek Genom
Manusia. seperti yang berikut:
Sumber: • ASP
http://www. • JavaScript
perlmonks.org/?node_
id=823275 • PHP
• Python
• Perl
AKTIVITI 1 Kerja Individu
Pemerhatian terhadap Fungsi Laman Web dalam Pelbagai Bidang
Objektif: Mengenal pasti fungsi laman web dalam pelbagai bidang
Sebagai salah seorang penulis bagi buletin sekolah, anda ditugaskan untuk mengkaji sektor-sektor
yang menggunakan laman web untuk menyediakan perkhidmatan atau produk kepada pengguna bagi
ruangan Teknologi dan Anda.
1 Senaraikan beberapa sektor berkaitan yang akan anda kaji.
2 Terangkan bagaimana laman web digunakan bagi sektor-sektor yang telah anda kaji dalam soalan 1
secara jelas.
226 Sains Komputer Tingkatan 5 PB

