Page 27 - SK tingkatan 5
P. 27
CyberSecurity Malaysia yang mengurus aduan berkenaan dengan kecurian Tahukah
identiti (identity theft), penipuan dan gangguan dalam talian. Program ini Anda
merupakan program kesedaran umum.
Malaysia memperkenalkan beberapa akta dalam undang-undang siber Hak cipta ialah satu
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1.7. Setiap akta mengandungi perlindungan undang-
beberapa pecahan seksyen bagi menangani permasalahan secara undang yang diberikan
tempoh masa tertentu
terperinci. Setiap perincian undang-undang yang dihasilkan seterusnya kepada karya-karya
akan dilakukan penambahbaikan sehingga mencapai piawaian yang lebih ekspresi kreatif.
baik. Sebagai contoh, Akta Jenayah Komputer 1997, iaitu mengenai • Percabulan hak
kesalahan yang berkaitan dengan penyalahgunaan komputer untuk tujuan cipta merupakan
melakukan jenayah telah digubal. Di bawah akta ini, akses secara tidak satu kesalahan
sah atau mengubah apa-apa program atau data yang terdapat di dalam di bawah Akta
Hakcipta 1987.
sesebuah komputer adalah salah dan boleh dikenakan hukuman. Akta • Pemilik hak cipta
ini mengandungi 12 seksyen. Seksyen 9 dalam akta ini menyatakan, karya mempunyai
“Ianya berkesan kepada apa-apa jenayah yang dilakukan di luar Malaysia hak eksklusif
walaupun kesalahan tersebut dilakukan oleh seseorang atau dari sesuatu terhadap karyanya.
tempat di luar Malaysia selagi komputer, program atau data tersebut
berada di Malaysia atau boleh dicapai, dihubungkan atau digunakan
dengan komputer di Malaysia”.
Seksyen 9 dalam Akta Jenayah Komputer ini memberikan bidang kuasa
yang luas kepada unit penguat kuasa tetapi masalah mungkin timbul
bagi penggodam yang tinggal di luar Malaysia kerana akan mengganggu
bidang kuasa jenayah negara tersebut. Perkara yang boleh dilakukan
adalah seperti mengekstradisi rakyat negara tersebut. Perkara ini boleh
dilakukan sekiranya ada kerjasama pada peringkat antarabangsa bagi
menyelesaikan masalah jenayah siber.
AKTIVITI 5 Kerja Berkumpulan
Undang-undang Siber
Kaji empat sebab kes jenayah siber kini semakin meningkat walaupun
pelbagai akta ditubuhkan bagi menghukum pesalah yang melakukan
jenayah tersebut. Huraikan jawapan anda dengan contoh-contoh terkini.
Bentangkan kajian anda dalam bentuk slaid dengan menggunakan perisian
PowerPoint.
1.1.7 Kerjaya dalam Bidang
Pengkomputeran
Kerjaya dalam pengkomputeran berhubung kait dengan reka bentuk,
penciptaan, pengurusan dan penyelenggaraan pelbagai komponen bagi
sistem termasuk perisian, perkakasan, integrasi dan sistem multimedia.
Pengkomputeran boleh dibahagikan kepada empat bidang utama seperti
dalam Rajah 1.1.8.
PB BAB 1 Pengkomputeran 19

