Page 24 - SK tingkatan 5
P. 24
Pada peringkat awal, Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Tandatangan Digital 1997 dan Akta
Teleperubatan 1997 diperkenalkan. Kemudian, Akta Hak Cipta telah dipinda bagi memenuhi isu siber
(melalui pindaan 1997). Sehubungan dengan itu, skop hak cipta telah diperluas, iaitu penulis/pencipta
juga mempunyai hak eksklusif untuk mengawal ciptaannya menurut World Intellectual Technology
Property Ownership (WIPO) Copyright Treaty 1996. Seiring dengan perkembangan dunia semasa, lebih
banyak akta telah digubal sehingga masa ini.
1997 1998 2000 2006 2007 2010
Akta Hak Akta Akta Cakera Akta Akta Aktiviti Akta
Cipta Komunikasi Perdagangan Kerajaan Perlindungan
(pindaan) dan Optik Elektronik Elektronik Data Peribadi
Multimedia
Akta Akta
Teleperubatan Suruhanjaya
Komunikasi
dan
Akta Jenayah Multimedia
Komputer
Akta
Tandatangan
Digital
Rajah 1.1.7 Akta-akta di bawah undang-undang siber
Tahukah Pewujudan akta bagi jenayah siber merupakan satu cabaran bagi
Anda sesebuah negara. Bagi menangani isu jenayah siber, tiada organisasi,
agensi atau negara yang mampu mengekang dan mempertahankan
Murid boleh
melayari laman negara daripada serangannya secara persendirian. Negara membangun,
web Department of seperti Malaysia boleh merujuk pengalaman daripada negara yang lebih
Homeland Security maju seperti Australia, Amerika Syarikat dan United Kingdom untuk
dan perhatikan cara menganalisis undang-undang bagi pendakwaan kes jenayah siber yang
agensi ini menangani semakin kompleks.
isu siber di Amerika
Syarikat. Perbezaan undang-undang siber antara negara tidak ketara kerana
wujudnya usaha sama antara agensi kerajaan dengan agensi negara
lain untuk menangani jenayah komputer yang merentas sempadan
antarabangsa. Pelaksanaan hukuman dan cara penguatkuasaan
bergantung pada polisi pemerintahan sesebuah negara. Antara isu yang
sering diketengahkan pada masa ini adalah seperti isu-isu kebebasan
bersuara, kelucahan dan fitnah.
Department of
Homeland Undang-undang yang sedia ada memerlukan penambahbaikan terhadap
Security-USA jenayah seperti perjudian dalam talian, pornografi kanak-kanak, kecurian
goo.gl/Opmzu3 harta intelek, penipuan dan kecurian identiti. Jadual 1.1.2 menunjukkan
perbezaan undang-undang siber antara negara secara umum.
16 Sains Komputer Tingkatan 5 PB

