Page 22 - SK tingkatan 5
P. 22

Rajah 1.1.6 menunjukkan implikasi hasil daripada aktiviti penggodaman dan cetak rompak kepada negara.


                                           Implikasi hasil daripada aktiviti penggodaman
                                                     dan cetak rompak



                   Cetak rompak boleh
                   mengancam industri kreatif      Hilangnya keyakinan pelabur     Menjejaskan kestabilan
                   dan perisian negara             kepada negara                   ekonomi negara



                                                               Wujud pengangguran dalam industri
                             Pengeluaran produk asli berkurang
                                                               kreatif dan perisian

                                      Rajah 1.1.6  Implikasi daripada aktiviti penggodam dan cetak rompak

                                         •   Cetak rompak mengancam industri kreatif dan perisian negara
                                         Kegiatan cetak rompak akan merugikan pihak pemilik karya asli dan
                                         pengeluar yang sah. Impak negatif, terutamanya kepada pengusaha
                                         syarikat rakaman video dan lagu, perfileman, penerbitan buku-buku dan
                                         juga hasil kreatif yang lain. Individu yang terlibat secara langsung atau
                                         tidak langsung dalam industri ini akan terasa kesannya.
                          Aplikasi       •  Pengeluaran produk asli berkurang
                          Harian
                                         Kualiti produk cetak rompak yang rendah akan memberikan kesan kepada
                 Laporan daripada
                 portal rasmi            barangan asli dan seterusnya akan menjejaskan pengeluaran produk asli.
                 Kementerian             •  Hilangnya keyakinan pelabur kepada negara
                 Perdagangan Dalam       Bagi menghasilkan sesuatu produk yang berkualiti, kita memerlukan
                 Negeri, Koperasi
                 dan Kepenggunaan        proses penyelidikan dan pembangunan (R&D). Bagi menampung
                 (KPDNKK) mengenai       kelancaran proses penyelidikan dan pembangunan, syarikat memerlukan
                 jenayah cetak rompak.   pelaburan yang tinggi terutamanya daripada syarikat yang bermodal besar
                                         dari negara-negara maju. Jika aktiviti cetak rompak dan penggodaman
                                         masih berleluasa, sudah pasti pelabur tidak akan melabur di negara kita.
                                         Hal ini dikatakan demikian kerana kos pelaburannya sangat tinggi tetapi
                                         pulangannya tidak meyakinkan. Para pelabur akan hilang keyakinan kerana
                                         mereka berasa bahawa negara ini tidak menyediakan perlindungan yang
                                         mencukupi terhadap harta intelek dan juga keselamatan data.
                  goo.gl/1GBxmV
                                         •  Wujud pengangguran dalam industri kreatif dan perisian
                                         Cetak rompak dan penggodaman  juga mendatangkan kesan negatif
                                         terhadap industri perisian kerana syarikat masa ini beroperasi secara dalam
                                         talian dan menggunakan sistem komputer bagi mengurus operasinya
                                         seperti e-perbankan dan e-niaga. Kepercayaan pengguna akan hilang jika
                                         keselamatan data peribadi pengguna tidak dapat diurus dengan baiknya
                                         oleh syarikat yang berurusan. Jika pelanggan menarik diri, syarikat akan
                                         mengalami kerugian dan sudah pasti akan menghentikan operasinya.

                  14   Sains Komputer Tingkatan 5                                                                                                                                                                PB
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27