Page 29 - SK tingkatan 5
P. 29
Bidang Peranan dan tanggungjawab Kemahiran dan kerjaya
Web dan Kerjaya dalam bidang ini bertanggungjawab untuk Kerjaya: Pembangun laman web,
komunikasi membangunkan aplikasi berasaskan web, menulis kod, pembangun perisian multimedia,
digital mengintegrasikan sistem dan menyediakan bantuan pakar media digital, pereka grafik dan
teknikal. Seseorang itu perlu membangunkan dan multimedia
menghasilkan media interaktif, termasuklah produk digital
dan multimedia. Kemahiran: JavaScript, HTML, AJAX, PHP,
.Net, Phyton.
Perisian dan perkakasan multimedia
seperti Adobe Photoshop.
Elemen Mutakhir dalam Pengkomputeran yang
mempengaruhi Pembangunan Bidang Kerjaya
Baharu
Transformasi dalam industri pengkomputeran telah membawa kepada Understanding
pembangunan bidang kerjaya baharu dalam pengkomputeran. Tiga elemen Information
telah dikenal pasti menjadi komponen utama infrastruktur bagi produk Technology: A Guide To
dan perkhidmatan dalam sektor perindustrian masa ini termasuklah: IT career opportunities
goo.gl/mzLzXO
• Mudah Alih
✓ Melibatkan penghasilan aplikasi dan kandungan mudah alih
(mobile apps and content) bagi peranti selain komputer.
• Keselamatan data
✓ Apabila wujud pengkomputeran awan (cloud computing),
pemayaan (virtualization), peningkatan dalam keselamatan data
turut mendapat perhatian. Keperluan kepakaran dalam bidang
penyulitan, pengesahan, pengurusan sijil, infrastruktur firewall dan
anti-malware meningkat. Keperluan terhadap kerjaya penganalisis
keselamatan data, pentadbir keselamatan rangkaian dan pentadbir
keselamatan sistem turut mendapat perhatian yang tinggi.
• Data raya (Big data) dan kecerdasan perniagaan & analitik
(business intelligence & analytics)
✓ Kemampuan menterjemah, menganalisis dan keupayaan untuk
mengubah kuantiti data mentah yang besar ke bentuk maklumat
menjadi senjata penting dalam ekonomi global. Perniagaan
di seluruh dunia memerlukan pakar pengkomputeran terlatih
sebagai pengurus data yang mempunyai set kemahiran pentafsir
yang memahami cara untuk mendapatkan data, menganalisis dan
melaporkan data tersebut.
PB BAB 1 Pengkomputeran 21

