Page 23 - SK tingkatan 5
P. 23

Keadaan ini meninggikan kadar pengangguran jika syarikat tidak mampu
                  meneruskan operasi dalam bidang tersebut.

                  •  Menjejaskan kestabilan ekonomi negara
                  Jenayah cetak rompak turut menjejaskan ekonomi negara apabila
                  masyarakat mengalih perhatian dengan membeli barangan cetak rompak.
                  Negara akan mengalami kerugian daripada hasil cukai yang merupakan
                  salah satu sumber pendapatan negara.




                  KAJIAN KES




                   Artikel yang berikut dipetik daripada akhbar tempatan.
                   Layari goo.gl/5zxd9M untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut bersama-sama dengan ahli
                   kumpulan anda.
                   Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada
                   akhbar tersebut, nyatakan industri utama yang
                   terlibat dalam penggunaan perisian cetak
                   rompak. Kemudian, cadangkan empat faktor
                   yang mengaktifkan kegiatan ini. Kemukakan cara
                   penyelesaian yang munasabah untuk menangani
                   masalah  ini.  Kemudian,  persembahkan  hasil
                   kerja kumpulan anda dengan menggunakan
                   perisian seperti  PowerPoint,  Google Slides
                   atau peta  i-Think. Pastikan perisian yang anda
                   gunakan adalah asli!








                   1.1.6  Undang-undang Siber antara
                           Negara


                  Internet  telah  membuka  ruang  siber  kepada  perilaku  jenayah  dengan
                  cara yang tidak pernah ada sebelum ini. Internet telah menawarkan
                  peluang baharu yang lebih canggih untuk penjenayah melakukan jenayah
                  tradisional dengan cara yang moden.
                     Undang-undang siber merupakan peraturan yang ditetapkan oleh
                  pihak berkuasa di sesebuah negara untuk memberikan hukuman kepada
                  pesalah-pesalah yang melakukan kesalahan dalam talian.
                     Kerajaan Malaysia telah menggubal undang-undang jenayah siber
                  dengan memperkenalkan beberapa akta dalam undang-undang siber       Cyber Law Acts in
                                                                                      Malaysia
                  seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1.7.                         goo.gl/eB4iYa


 PB                                                                             BAB 1  Pengkomputeran 15
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28