Page 33 - SK tingkatan 5
P. 33
Unit Ingatan
Fungsi utama unit ingatan adalah untuk menyimpan data dan arahan
semasa komputer digunakan. Ingatan hanya menyimpan atau memegang
data dan arahan secara sementara, iaitu selagi arahan yang merujuknya
masih beroperasi. Unit ingatan tidak digunakan untuk menyimpan data
secara kekal kerana unit ini bersifat meruap. Ingatan bersifat meruap akan
hilang kandungannya jika bekalan kuasa elektrik terputus. Hal ini khusus
bagi jenis ingatan utama, iaitu RAM (Random Access Memory/Ingatan
Capaian Rawak). Ingatan utama terbahagi kepada dua jenis, iaitu RAM
dan ROM (Read Only Memory/Ingatan Baca Sahaja). Set arahan dalam Rajah 1.2.3 Dynamic
Random Access Memory
ROM akan kekal untuk selama-lamanya.
(DRAM)
Rajah 1.2.3 ialah contoh ingatan utama RAM. Sel lokasi ingatan boleh
digambarkan seperti dalam Jadual 1.2.1.
Jadual 1.2.1 Sel-sel lokasi ingatan
Alamat ingatan Kandungan ingatan
1000 0000 1000 1000
1000 0001 0111 0110
1000 0010 1100 1111
1000 0011 0101 0110
1111 1110 1110 1110
1111 1111
Peranti Input dan Output
Peranti input dan output ialah komponen yang digunakan untuk Uji Minda
memasukkan data dan memaparkan hasil daripada sistem komputer.
Rajah 1.2.4 menunjukkan beberapa contoh komponen peranti input dan Selain peranti input
peranti output. Peranti input menukar data luaran kepada satu bentuk dan output yang
yang boleh difahami dan kemudian diproses oleh komputer. Contohnya, telah dibincangkan,
papan kekunci, skrin sentuh, pengimbas, perakam suara dan tetikus. nyatakan tiga peranti
input dan output lain
Peranti output pula memaparkan hasil yang diproses oleh komputer yang anda tahu.
kepada bentuk yang boleh difahami oleh manusia. Contohnya, pencetak,
monitor dan pembesar suara.
Pencetak Monitor, papan kekunci dan tetikus Pembesar suara
Rajah 1.2.4 Peranti input dan peranti output
PB BAB 1 Pengkomputeran 25

