Page 34 - SK tingkatan 5
P. 34

1.2.1  Kitaran Mesin
                                                 (Capai-Nyahkod-Laksana)



                 The fetch-decode-       Tugas utama CPU adalah untuk melaksanakan arahan memproses data.
                 execute cycle           Pemprosesan data dan arahan mengikut kitaran mesin, iaitu kitaran capai-
                 goo.gl/I9qox8           nyahkod-laksana (FDE: Fetch-Decode-Execute Cycle). FDE juga dikenali
                                         sebagai kitaran arahan (instruction cycle). Rajah 1.2.5 menunjukkan
                                         proses-proses yang berlaku dalam kitaran mesin di dalam CPU.

                 Tahukah
                     Anda                                                      2   UNIT
                                                         1                       KAwALAN

                Lihat rajah yang
                berikut untuk                                                                3
                mengingati kitaran              INGATAN                  DAfTAR             ALU
                capai-nyahkod-laksana            UTAMA
                dengan lebih mudah.              (RAM)

                     Unit kawalan

                 Nyahkod    Laksana                                        Unit Pemprosesan Pusat (CPU)
                 (Decode)  (Execute)
                                                Rajah 1.2.5  Proses-proses dalam kitaran mesin (capai-nyahkod-laksana)
                  Daftar      ALU
                                           Pemproses menghantar isyarat supaya data dan arahan yang
                     Capai     RAM       dimasukkan melalui peranti input disalin ke dalam ingatan utama. Data
                     (Fetch)             dan arahan tersebut diproses melalui tiga proses utama dalam kitaran
                                         mesin untuk menghasilkan output. Proses-prosesnya seperti yang berikut:

                                          1   Capai (fetch)—Unit kawalan memberikan isyarat supaya pemproses
                                            mencapai data dan arahan dari ingatan utama dan disimpan dalam
                                            daftar sementara menunggu untuk diproses.
                                          2   Nyahkod  (decode)—Unit kawalan menyahkod atau menterjemah
                                            arahan bagi menentukan jenis operasi yang akan dilaksanakan oleh
                                            ALU.
                                          3   Laksana (execute)—Pemproses melaksanakan operasi aritmetik dan
                                            logik terhadap data seperti yang dinyatakan oleh arahan.

                                           Pemproses akan mengulangi proses capai-nyahkod-laksana sehingga
                                         semua data dan arahan selesai diproses. Semasa proses ini diulangi, hasil
                                         pemprosesan disimpan sementara di dalam daftar sehingga selesai dan
                                         hasil akhir akan dihantar ke ingatan utama untuk dipamerkan melalui
                                         peranti output.







                  26   Sains Komputer Tingkatan 5                                                                                                                                                                PB
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39