Page 296 - SK tingkatan 5
P. 296

Fungsi utama konsep navigasi dalam laman web adalah untuk membantu pengguna atau
                 pelawat mengetahui kedudukan semasa mereka. Selain itu, konsep navigasi juga berfungsi untuk
                 memandu pelawat tentang pilihan yang disediakan untuk mereka menerokai lama web tersebut. Pada
                 kebiasaannya, setiap laman web akan menggunakan lebih daripada satu jenis teknik navigasi.


                 Teknik Navigasi
                 Terdapat pelbagai teknik navigasi yang boleh dipilih oleh pereka web. Antaranya seperti:

                                                                         •  Toolbar
                                                                           Rajah 3.3.20 menunjukkan teknik
                                                                           navigasi toolbar. Kebanyakan
                                                                           laman web menggunakan toolbar
                                                                           secara menegak atau mendatar
                                                                           bagi menyusun pilihan yang
                                                                           ditawarkan kepada pengguna.
                                                                         •  Bar navigasi
                                                                           Rajah 3.3.21 menunjukkan teknik
                                                                           bar navigasi digunakan dengan
                                                                           mengumpulkan      sekumpulan
                                                                           pautan  teks  pada  satu  laman
                                                                           web. Pautan boleh menggunakan
                                                                           pelbagai  elemen   multimedia
                                                                           seperti  ikon,  grafik  atau  teks.
                 Rajah 3.3.20   Contoh teknik navigasi toolbar yang pernah digunakan oleh   Penggunaan  grafik  sebagai
                           Google.com                                      pautan    biasanya   bertujuan
                                                                           untuk menjadikan laman web
                                                                           tersebut kelihatan lebih menarik
                                                                           manakala penggunaan pautan
                                                                           teks dapat mempercepat proses
                                                                           muat turun. Teknik ini juga boleh
                                                                           diimplementasikan     dengan
                                                                           menyenaraikan elemen teks, ikon
                                                                           atau grafik secara mendatar atau
                 Rajah 3.3.21  Contoh bar navigasi menggunakan pautan ikon secara mendatar
                                                                           menegak.
                                                                         •  Breadcrumbs
                                                                           Rajah   3.3.22   menunjukkan
                                                                           teknik  breadcrumbs, iaitu teknik
                                                                           kawalan grafik yang digunakan
                                                                           sebagai bantuan navigasi dalam
                                                                           antara muka pengguna.  Teknik
                                                                           ini   membolehkan   pengguna
                                                                           menjejaki lokasi atau kedudukan
                                                                           semasa mereka dalam program,
                                                                           dokumen atau laman web.
                        Rajah 3.3.22  Contoh teknik navigasi secara breadcrumbs


                 288   Sains Komputer Tingkatan 5
   291   292   293   294   295   296   297   298   299   300   301