Page 294 - SK tingkatan 5
P. 294

Hierarki           Penstrukturan Halaman
                                                                   Penstrukturan halaman pula menekankan
                  Gaya                                             cara setiap halaman dalam laman web
                  Penstrukturan                 Jujukan
                  Halaman                                          tersebut dihubungkan. Kebiasaannya,
                                                                   pereka bentuk maklumat yang profesional
                                               Kompleks            akan    menggunakan    gambar   rajah
                                                                   tapak (site diagram) sebagai alat untuk
                       Rajah 3.3.16  Beberapa gaya penstrukturan halaman  menyampaikan struktur laman web
                                                                   ini kepada klien dan sebagai panduan
                                                                   sepanjang proses pembangunan laman
                                                                   web.  Gambar  rajah  tapak  ialah  diagram
                                                                   yang menggunakan simbol kotak bagi
                                  Laman Utama                      mewaklili setiap laman web dengan garis
                                                                   atau anak panah bagi mewakili hubungan
                                                                   antara laman web.
                                                                      Terdapat pelbagai gaya penstrukturan
                                                                   yang dapat digunakan oleh pereka web
                                                                   seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.3.16.
                 Seksyen 1    Seksyen 2    Seksyen 3   Seksyen 4   Antaranya adalah seperti yang berikut:
                                                                   •  Penstrukturan secara hierarki
                                                                     Kebanyakan laman web dikelaskan
                                                                      secara hierarki bermula daripada laman
                                                                      pertama  yang  memaparkan  beberapa
                                                                      pilihan kategori maklumat yang ada
                  Subseksyen    Subseksyen    Subseksyen              dalam laman web tersebut untuk
                                                                      dilayari oleh pengguna. Kebiasaannya,
                                                                      kategori yang diwujudkan perlu
                                                                      menepati  kesamaan  jenis  maklumat
                           Subseksyen-subseksyen
                                                                      yang ada bagi setiap kategori tersebut.
                                                                      Contoh  penstrukturan  secara  hierarki
                       Rajah 3.3.17  Contoh penstrukturan secara hierarki  ditunjukkan pada Rajah 3.3.17.
                                                                   •  Penstrukturan secara jujukan
                                                                     Dalam penstrukturan jujukan, pengguna
                                                                      dipandu dari halaman ke halaman yang
                       Laman                                          lain secara jujukan. Penstrukturan
                       Utama
                                                                      ini lebih sesuai bagi laman web yang
                                                                      berciri penceritaan atau apa-apa
                                                                      maklumat yang bersifat kronologi.
                                                                      Contoh penstrukturan secara jujukan
                                                                      ditunjukkan pada Rajah 3.3.18.
                   Foto 1        Foto 2      Foto 3      Foto 4    •  Penstrukturan kompleks
                                                                     Terdapat laman web komersial yang
                          Rajah 3.3.18  Penstrukturan secara jujukan  menawarkan maklumat yang padat dan
                                                                      fungsi yang agak kompleks.

                 286   Sains Komputer Tingkatan 5
   289   290   291   292   293   294   295   296   297   298   299