Page 291 - SK tingkatan 5
P. 291

Uji Minda

                                                                         Pengguna seperti Orang Kelainan
                                                                         Upaya (OKU) memerlukan peralatan
                                                                         atau perisian sokongan untuk
                                                                         membantu mereka melayari laman
                                                                         web. Apakah peralatan atau perisian
                                                                         yang sesuai bagi pengguna yang
                                                                         mengalami kecacatan pendengaran?
                  Rajah 3.3.12   Contoh laman web www.google.com yang mempunyai paparan
                            ringkas untuk tujuan carian maklumat.

                    AKTIVITI 1               Kerja Individu
                                             Prinsip Reka Bentuk Laman Web

                    Objektif:  Mengenal pasti prinsip-prinsip asas reka bentuk laman web yang diimplementasikan dalam
                            laman web media sosial.
                    Anda dikehendaki melayari laman web media sosial berikut:
                    •  www.facebook.com
                    •  www.instagram.com

                    Berdasarkan pemerhatian anda, senaraikan prinsip asas reka bentuk laman web yang digunakan dalam
                    setiap laman web tersebut.


                   3.3.2   Mereka bentuk Kerangka Aplikasi


                  Penstrukturan Kandungan

                  Kunci kejayaan penghasilan suatu laman web
                  bergantung pada cara laman web tersebut
                  berfungsi.  Walaupun suatu laman web tersebut
                  mengandungi elemen animasi dan grafik yang          Penstrukturan
                  hebat, tetapi sekiranya laman web tersebut gagal   kandungan atau        Penstrukturan
                  memandu pengguna dalam melaksanakan apa-             maklumat              halaman
                  apa yang dikehendaki oleh mereka seperti proses
                  pembelian produk dilakukan atau cara pengguna                 Proses mereka
                  memanfaatkan sumber dan aplikasinya, maka                        bentuk
                  kewujudan laman web tersebut bagaikan sia-sia.                  kerangka
                  Untuk membina laman web yang baik, perhatian                     aplikasi
                  yang lebih perlu diberikan untuk menentukan cara
                  maklumat dalam laman web tersebut dapat dicapai      Reka bentuk          Reka bentuk
                  dan pendekatan yang sesuai bagi pengguna untuk        navigasi            antara muka
                  mendapatkan maklumat.

                     Semasa mereka bentuk kerangka aplikasi yang
                  ingin dibangunkan, terdapat beberapa proses yang
                  perlu dilakukan seperti yang ditunjukkan dalam   Rajah 3.3.13  Proses mereka bentuk kerangka aplikasi
                  Rajah 3.3.13.

                                                                   BAB 3  Pengaturcaraan Berasaskan Web 283
   286   287   288   289   290   291   292   293   294   295   296