Page 293 - SK tingkatan 5
P. 293

Jadual 3.3.1  Pengelasan maklumat
                               Kaedah                                      Contoh


                    Mengikut turutan abjad         Pengelasan maklumat jualan berasaskan nama pengguna


                    Kronologi                      Pengelasan hasil jualan mengikut tarikh


                    Kategori atau jenis            Pengelasan jualan mengikut kategori produk

                                                   Jenis baju muslimah yang dikelaskan kepada subkategori seperti blaus
                    Hierarki
                                                   dan kurung moden

                                                   Pengelasan maklumat mengikut geografi, contohnya pengelasan jualan
                    Spatial
                                                   mengikut negeri dan tempat
                                                   Pengelasan maklumat jualan bermula daripada jumlah yang kecil kepada
                    Mengikut urutan magnitud
                                                   jumlah jualan yang besar.


                     Semasa proses pengelasan maklumat, pereka perlu menetapkan bilangan kategori maklumat
                  yang perlu ada bersesuaian dengan senarai maklumat yang tersedia dan bagaimana setiap kategori
                  tersebut akan divisualkan dalam laman web yang bakal dibina (seperti yang ditunjukkan dalam Rajah
                  3.3.15). Kaedah terbaik yang dapat dilaksanakan adalah dengan menggunakan gambar rajah atau
                  carta alir bagi menunjukkan hubung kait bagi setiap kategori maklumat yang ada. Secara tidak
                  langsung, ini juga mampu memberikan idea atau gambaran kasar tentang corak pautan laman web
                  yang bakal dibina.






























                                     Rajah 3.3.15  Contoh pengelasan maklumat mengikut kategori atau jenis

                                                                   BAB 3  Pengaturcaraan Berasaskan Web 285
   288   289   290   291   292   293   294   295   296   297   298