Page 49 - SK tingkatan 5
P. 49
1.3.2 Simbol Get Logik
Get-get logik ialah elemen asas untuk membentuk suatu litar elektronik bagi sistem digital. IEEE/
ANSI yang merupakan badan piawai antarabangsa telah mencipta simbol get logik bagi memudahkan
proses pemahaman dan pembelajaran. Simbol get logik boleh dikelaskan kepada dua kumpulan, iaitu
get logik asas dan get logik bergabungan.
Get Logik Asas (TAK, DAN, ATAU)
Jadual 1.3.2 menunjukkan jenis-jenis get logik asas dan simbol bagi mewakili get logik yang digunakan
oleh badan organisasi piawai IEEE/ANSI.
Jadual 1.3.2 Nama dan simbol get logik asas
Nama get logik Simbol get logik
DAN
B13-7
ATAU
B13-8
TAK
B13-9
Kombinasi Get Logik (TAK DAN, TAK ATAU, XATAU, XTAKATAU)
Jadual 1.3.3 menunjukkan jenis-jenis get logik yang terhasil daripada gabungan-gabungan get logik
asas yang dinyatakan dalam Jadual 1.3.2.
Jadual 1.3.3 Nama dan simbol get logik bergabungan
Nama get logik Kombinasi get logik Simbol get logik
TAK DAN Get DAN + Get TAK
B13-11
Get ATAU + Get TAK
B13-10
TAK ATAU
Get DAN + Get TAK + Get ATAU B13-13
XATAU
(Disebut sebagai ekslusif
ATAU)
Get DAN + Get TAK + Get TAK ATAU
XTAKATAU
(Disebut sebagai eksklusif
TAK-ATAU)
PB BAB 1 Pengkomputeran 41

