Page 13 - PELAPORAN SEMINAR i-IMATEC
P. 13

13.  Bolehkah anda berkongsi pengalaman dalam mentranformasikan konsep

                     kerajaan digital dan merangkumkan kandungan digital dalam satu laman
                     web?


                     Usaha  untuk  mentranformasikan  konsep  kerajaan  digital  dan  merangkumkan

                     kandungan digital dalam satu laman web mengambil masa yang panjang iaitu

                     selama 2 tahun. Walaupun satu laman web kerajaan diwujudkan, kandungan
                     laman web ini masih di bawah tanggungjawab jabatan-jabatan yang berkaitan.


               14.  Kebanyakan  perkhidmatan  digital  kerajaan  dilaksanakan  secara  atas

                     talian.  Namun  demikian,  terdapat  juga  perkhidmatan  kaunter  yang

                     disediakan  di  mana  perkhidmatan  kaunter  selalunya  lebih  popular
                     berbanding perkhidmatan atas talian disebabkan faktor interaksi dengan

                     orang ramai. Adakah kerajaan UK mengalami masalah yang sama? Adakah
                     perkhidmatan seperti chat room disediakan untuk menangani masalah ini?


                     Kerajaan UK kini sedang mengkaji pelaksanaan Web Chat untuk menambahkan

                     interaksi dengan orang ramai. Walau bagaimanapun, fokus utama pasukan GDS

                     adalah untuk memastikan perkhidmatan digital yang dibekalkan adalah jelas dan
                     mudah digunakan oleh pengguna. Pengguna sepatutnya boleh menggunakan

                     perkhidmatan digital tanpa atau dengan masalah yang minimum.







                     Disediakan oleh:
                     Kluster Inovasi Teknologi Pengurusan (i-IMATEC)

                     Mac 2017












                                                                                                       14
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18