Page 9 - PELAPORAN SEMINAR i-IMATEC
P. 9
8. Laman Web Gov.Uk.Verify
Laman web ini digunakan untuk tujuan mengenalpasti seseorang individu.
9. Laman Web Gov.Uk.Notify
Pengguna di beri notifikasi mengenai permohonan, pertanyaan dan
sebagainya melalui SMS atau emel (teks / e-mel).
Mengikut penceramah, masa depan GDS adalah untuk membentuk transformasi
perniagaan pada keseluruhan kerajaan dan bukan sekadar perkhidmatan kerajaan
digital. Ini telah membuka peluang kepada keperluan latihan dan pembangunan
sumber manusia bagi mengasah kemahiran dan keupayaan penjawat awam. Privasi
data juga diberi perhatian yang kritikal di samping menggalakkan perkongsian
platform antara kerajaan. Penceramah menasihatkan agar kita sentiasa berkongsi
apa yang telah dibina dan dipelajari daripada pendekatan terbaik negara lain untuk
menyediakan perkhidmatan yang lebih baik. Penceramah menggalakkan
pembentukan komuniti yang melibatkan pereka dari pelbagai kerajaan untuk
berkongsi kepakaran dalam bidang tertentu dan seterusnya menjalin hubungan yang
rapat di antara kerajaan serta rakyat bagi membina kepercayaan rakyat dalam
menggunakan perkhidmatan digital.
10

