Page 12 - PELAPORAN SEMINAR i-IMATEC
P. 12
9. Adakah GDS di UK dioptimumkan pada shared service platform dalam
cloud di mana ini diuruskan oleh kontraktor utama kerajaan?
Kebanyakan perkhidmatan digital digunakan melalui public cloud and syarikat
Microsoft menguruskan pusat data secara keseluruhannya di UK
Ini membolehkan data yang sesuai dan diperlukan boleh diperoleh secara
selamat melalui capaian yang betul.
10. Adakah sebarang garis panduan/ piawaian dilaksanakan untuk
membolehkan jabatan menggunakan perkhidmatan cloud awam di UK?
Ya.
11. Adakah penjawat awam di UK melaksanakan tugas di samping
mengamalkan keseimbangan hidup (work life balance)?
Secara umumnya, kebanyakan penjawat awam gembira dengan kerajaan
yang melaksanakan waktu bekerja dari pukul 9 pagi hingga 6 petang, Isnin -
Jumaat. Terdapat juga penjawat awam yang dikehendaki untuk bertugas lebih
masa dan pada masa-masa yang diperlukan seperti pegawai teknikal. Pelbagai
keistimewaan seperti cuti tahunan dan bersalin diberikan kepada penjawat
awam.
12. Apakah strategi yang digunakan untuk memastikan penyampaian
perkhidmatan memenuhi piawaian yang ditetapkan?
Terdapat sedikit kekeliruan di antara perkara yang perlu dijalankan dengan cepat
dengan perkara terbaik yang mesti dilakukan dalam jangka masa yang panjang.
Untuk memastikan penyampaian perkhidmatan adalah pada tahap terbaik,
champion yang dilantik di setiap jabatan perlulah dilatih menjadi pemimpin digital
supaya mereka boleh memastikan perkhidmatan digital dilaksanakan dengan
efisien.
13

