Page 11 - PELAPORAN SEMINAR i-IMATEC
P. 11

5.    Bagaimanakah rakyat di UK mendapat akses kepada perkhidmatan digital?
                     Adakah wi-fi percuma atau talian data dibekalkan?


                     Rakyat di UK membayar untuk menggunakan wi-fi sendiri. Perpustakaan di UK

                     membekalkan wi-fi percuma untuk memudahkan akses kepada perkhidmatan

                     digital. Di samping itu, semua perkhidmatan digital yang dibina adalah responsif
                     dan boleh digunakan dengan baik pada tablet / telefon mudah alih / desktop.


               6.    Bagaimanakah kerajaan UK mempraktikkan polisi dan kemahiran berkaitan

                     penggunaan perkhidmatan digital kepada rakyat di UK tanpa mengira sama

                     ada populasi tersebut adalah populasi milenium atau matang?


                     Dalam konteks ini, memahami dan melibatkan diri dengan pelbagai pengguna
                     adalah  penting.  Setiap  jabatan  yang  memberi  perkhidmatan  digital

                     bertanggungjawab  dalam  memastikan  pengguna  dapat  menggunakan
                     perkhidmatan  digital  yang  disediakan  dengan  mudah.  Kerjasama  daripada

                     organisasi  bukan  kerajaan  atau  badan  amal  disediakan  untuk  membantu

                     pengguna yang tidak berupaya untuk menggunakan perkhidmatan digital.


               7.    Bagaimanakah  kerajaan  UK  menangani  isu  yang  berkaitan  dengan
                     perkhidmatan  cloud  and  adakah  sebarang  polisi  diperkenalkan  untuk

                     menyokong pelaksanaan perkhidmatan cloud?


                     Kerajaan UK  menggunakan perkhidmatan cloud seperti gmail dan Microsoft365.

                     Antara  perkara  yang  dititikberatkan  dalam  penggunaan  cloud  adalah  isu
                     keselamatan.  Di  UK,  maklumat  diklasifikasikan  dalam  tiga  peringkat:  official,

                     confidentiality and secret.


               8.    Memandangkan perkhidmatan digital dibekalkan secara atas talian, adakah

                     kerajaan UK mengalami isu berkaitan dengan keselamatan siber?


                     Ya, namun National Cyber Security Center  bertanggungjawab secara langsung
                     dalam menangani isu-isu berkaitan keselamatan siber.


                                                                                                       12
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16