Page 10 - PELAPORAN SEMINAR i-IMATEC
P. 10
SESI PERBINCANGAN
1. Apakah strategi yang telah dilaksanakan untuk menggalakkan penggunaan
data terutamanya data terbuka?
Penggunaan data terbuka di UK melibatkan perubahan budaya yang turut
disokong oleh pegawai di peringkat atasan. Seorang champion dipilih
di setiap jabatan untuk melaksanakan penggunaan data terbuka di jabatan
masing-masing.
2. Adakah terdapat sebarang arahan rasmi atau rang undang-undang untuk
memastikan perkongsian data dalam kerajaan UK?
Ya, terdapat rang undang-undang yang menitikberatkan perkongsian data dalam
kerajaan.
3. Bagaimanakah keperluan stakeholder dengan kepentingan yang berbeza-
beza dipenuhi semasa memperkenalkan sesuatu rekabentuk human
centric dalam perkhidmatan digital?
Setiap perkhidmatan digital yang dibina perlulah memenuhi keperluan pengguna
dan pada masa yang sama, menjimatkan wang. Perkhidmatan digital ini diuji
dengan pengguna dan hasil daripada pengujian ini dibentangkan kepada
stakeholders untuk mendapat kepercayaan mereka.
4. Bagaimanakah infrastruktur digital di UK? Adakah fibre digunakan di UK?
Fibre tidak digunakan di UK. Malahan, akses Internet berkelajuan tinggi juga
tidak terdapat di UK. Namun demikian, kerajaan UK sedang berusaha untuk
melancarkan perkhidmatan 5G dan ini merupakan cabaran besar kepada
kerajaan UK.
11

