Page 4 - PELAPORAN SEMINAR i-IMATEC
P. 4
1.0 PENGENALAN DAN OBJEKTIF PROGRAM
Perkembangan teknologi ICT berlaku dengan amat pantas. Seiring dengan itu,
sektor awam sewajarnya memikirkan kaedah menambahbaik perkhidmatan
ICT selari dengan perkembangan dunia digital kerana pencapaian transformasi
digital sesebuah negara diukur dengan penerimaan rakyat terhadap
perkhidmatan digital yang dibekalkan secara atas talian.
Justeru itu, program Digital Leadership Masterclass (DLM) Siri 1/2017
mengorak langkah sebagai salah satu program baharu ke arah ketersediaan
penjawat awam menghadapi gelombang dunia digital masa hadapan dan
menerima perubahan penyampaian perkhidmatan dalam talian.
Program Digital Leadership Masterclass Siri 1/2017 bertemakan “Humanising
Digital Government Standard for Citizen Centric Service Delivery” telah
dihadiri oleh seramai 79 pegawai kanan, gred 48 ke atas dari Kementerian,
Setiausaha Kerajaan Negeri, Pejabat KSN, JPA, INTAN, MAMPU, MDEC dan
Institusi Latihan Awam.
Penceramah jemputan adalah Ms. Olivia Neal, Timbalan Pengarah, Standards
Assurance at Government Digital Service, United Kingdom. Beliau memainkan
peranan utama dalam transformasi digital United Kingdom yang memperolehi
kedudukan pertama dalam United Nations E-Government Survey 2016.
2.0 UCAPAN ALU-ALUAN TIMBALAN PENGARAH KANAN INTAN
Dalam ucapan alu-aluan, YBhg. Dato’ Dr. Syed Omar Shariffudin Bin Syed
Ihsan, Timbalan Pengarah, INTAN Bukit Kiara berharap pengetahuan daripada
DLM ini dapat dimanfaatkan oleh pegawai-pegawai kanan dan pakar-pakar
5

