Page 6 - PELAPORAN SEMINAR i-IMATEC
P. 6

Berdasarkan  Rancangan  Malaysia  ke-10,  Malaysia  telah  melaksanakan
                      sejumlah 13,483 perkhidmatan dalam talian. Walau bagaimanapun, Laporan

                      UN E-Government Survey 2016 menunjukkan bahawa kedudukan negara dalam
                      Indeks  Perkhidmatan  Online  (OSI)  telah  menurun  daripada  31  (pada  tahun

                      2014)  kepada  40  (pada  2016),  manakala  Indeks  e-Penyertaan  (Epart)  juga

                      telah menurun dari 47  ke 59 untuk tempoh yang sama. Ini  telah menyebabkan
                      kedudukan Indeks Digital e-Kerajaan (EGDI) jatuh dari 52 (pada tahun 2014)

                      kepada 60 (pada 2016).



                      YBhg. Dato’ Dr. mengingatkan penjawat awam supaya menjadikan tahun 2017
                      sebagai  tahun  penyampaian  selaras  dengan  pengisthiyaran  tahun  2017

                      sebagai Year of Internet Economy oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Beliau
                      berharap  penyelarasan  di  kalangan  kementerian  dan  jabatan  akan  menjadi

                      lebih baik dalam menyampaikan pekhidmatan kepada rakyat.



               3.0    SESI PERKONGSIAN PENCERAMAH JEMPUTAN



                      Penceramah  :         Ms. Olivia Neal
                                            Deputy Director (Standard Assurance)

                                            Government Digital Service
                                            London, United Kingdom


               LAPORAN PEMBENTANGAN



               Dalam  sesi  ceramah  oleh  Ms.  Olivia  Neal,  yang  bertajuk  “Humanising  Digital
               Government  Standard  for  Citizen  Centric  Service  Delivery”,  Ms.  Olivia  Neal  telah

               berkongsi  pengalamannya  dalam  melaksanakan  Perkhidmatan  Digital  Kerajaan
               (GDS) di United Kingdom (UK). Menurutnya, objektif utama pelaksanaan GDS di UK

               adalah  untuk  menyediakan  perkhidmatan  secara  digital  kepada  rakyat  di  samping

               menjimatkan kos. Pelaksanaan GDS juga menggalakkan perubahan paradigma yang
               penting di mana keperluan rakyat diberi keutamaan. Sebarang perkhidmatan digital

               yang disediakan diuji dengan pengguna dan bukannya dengan stakeholder. Syarikat


                                                                                                         7
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11