Page 5 - PELAPORAN SEMINAR i-IMATEC
P. 5

digital  sektor  awam  untuk  merealisasikan  kewujudan  sektor  awam  sebagai

                      sebuah  kerajaan  digital.  Beliau  menghargai  kerjasama  antara  INTAN  dan
                      Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dalam menjayakan program ini.

                      Kolaborasi  antara  kedua-dua  organisasi  ini  menggalakkan  interaksi  terbuka
                      dan  input  daripada  pakar-pakar  tempatan  dan  antarabangsa,  sekali  gus

                      membolehkan peserta meluaskan perspektif mereka mengenai inisiatif digital

                      antarabangsa. Selain itu, beliau berpendapat bahawa enam siri program DLM
                      yang dirancang tahun ini dapat mengkaji semula usaha yang diperlukan untuk

                      mempercepatkan  momentum  transformasi  digital  negara  bagi  mengemudi
                      perjalanan Malaysia ke arah mencapai negara maju menjangkaui tahun 2020

                      khususnya melalui Transformasi Nasional 2050 (TN50).


                      Menurut beliau lagi, Malaysia telah secara aktif melaksanakan pelbagai inisiatif

                      digital  untuk  meningkatkan  penyampaian  perkhidmatan  sejak  tahun  1991
                      sempena  pelancaran  Wawasan  2020.  Pada  masa  itu,  Kerajaan  bermula

                      dengan tujuh (7) program perdana Multimedia Super Corridor termasuk inisiatif
                      e-Kerajaan  dan  seterusnya  mengalami  perubahan  daripada  penyediaan

                      maklumat dalam talian (eGov 1.0, 1995) kepada penyediaan transaksi dalam

                      talian (eGov 2.0, 2007). Pada masa kini, Malaysia berada dalam era eGov 3.0
                      yang mengubah dan meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan dalam

                      talian  secara  inklusif  dengan  mengambil  kira  pandangan  dan  penglibatan
                      rakyat.


                      Pelbagai  usaha  juga  telah  diambil  untuk  meningkatkan  keselamatan

                      perkhidmatan dalam talian iaitu melalui integrasi, piawaian dan penggabungan

                      infrastruktur  ICT  seperti  Government  Integrated  Telecommunications  Network
                      (1Gov  *Net), Pusat  Data Sektor Awam  (PDSA), 1Malaysia  One Call  Centre

                      (1MOCC),  Malaysia  Government  Comprehensive  Managed  ICT  Security  Services

                      (MYGSOC)  serta  inisiatif-inisiatif  lain.  YBhg.  Dato’  Dr.  juga  menekankan
                      bahawa pembangunan pelan strategik, peraturan dan garis panduan seperti

                      Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020) dan Pelan Strategik ICT Sektor Awam
                      (2016-2020)  telah  menggalakkan  pelaksanaan  serta  peningkatan  sistem

                      penyampaian  dalam  talian  yang  berfokuskan  rakyat  secara  berkesan  dan
                      selamat.


                                                                                                         6
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10