Page 429 - KH Book 2020-(Pg 1-494)-Final_Neat
P. 429

Cara-cara memupuk
              budaya membaca                                          【高三理和 周旗乐】




              “Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara”. Begitulah harapan dan iltizam murni
              para pemimpin kita terhadap golongan remaja yang meningkat dewasa. Golongan remaja
              pada era globalisasi ini merupakan bakal peneraju negara pada masa kelak. Dalam pada
              itu, budaya membaca merupakan amalan yang baik dan kita harus meneladani penduduk
              negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun. Namun, mutakhir ini
              gejala sosial dalam kalangan remaja kian hari kian menggusarkan kita. Fenomena ini boleh
              merudum kemajuan dan kegemilangan negara kita. Bilangan masyarakat yang mempunyai
              budaya membaca di negara kita terlalu minimum sehingga dapat dihitung menggunakan
              hujung jari. Maka, marilah kita sama-sama menggembleng kudrat untuk merangsang dan
              menyuburkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat kita.

              Prakarsa yang paling signifikan untuk merangsang dan menyuntik budaya membaca ialah
              peranan ibu bapa. Hal ini dikatakan demikian kerana ibu bapa merupakan insan yang
              akrab dan intim terhadap anak-anak. Maka, ibu bapa haruslah menjadi suri teladan yang
              baik terhadap anak-anak persis kata peribahasa Melayu “bagaimana acuan begitulah
              kuihnya”. Ibu bapa seyogianya membaca  sesuatu bahan bacaan seperti majalah atau
              surat khabar. Amalan ini dapatlah dicontohi oleh anak-anak jika dipupuk sejak kecil lagi.
              Lagi  pun,  untuk  menyuburkan  budaya  membaca  dengan  lebih  mendalam  dalam  jiwa
              anak-anak,  ibu  bapa  sewajarnya  menyediakan  perpustakaan  mini  di  dalam  rumah.
              Perpustakaan mini tersebut haruslah diisi dengan buku-buku yang berilmiah. Misalnya,
              majalah,  buku  cerita  yang  berunsurkan  moral,  novel,  surat  khabar,  ensiklopedia  dan
              sebagainya.  Dengan  ini,  anak-anak  akan  memenuhi  masa  senggang  mereka  untuk
              membaca buku bukannya asyik bermain telefon bimbit dan permainan video yang boleh
              menjejaskan  minda  dan  kesihatan  mereka.  Selain  itu,  sekali-sekala  ibu  bapa  harus
              membawa anak-anak ke pesta buku dan perpustakaan awam supaya  anak-anak dapatlah
              membeli buku-buku yang diminati oleh mereka. Tegasnya, ibu bapa memainkan peranan
              yang utama dalam menyuburkan dan menyemarakkan amalan membaca dalam sanubari
              anak-anak.
              Dari  perspektif  yang  berbeza,  pihak  sekolah  turut  dapat  mengembangkan  amalan
              membaca dalam kalangan pelajar. Hal ini dikatakan demikian kerana pelajar menerima
              didikan guru-guru yang merupakan individu yang paling vital untuk menanam budaya
              membaca  dalam  atma  pelajar.  Maka,  pihak  sekolah  wajarlah  memberi  motivasi  yang
              terbaik  terhadap pelajar-pelajar yang berjinak-jinak dalam pembacaan. Selain itu, untuk
              memberangsangkan  budaya  membaca  dalam  kalangan  pelajar,  pengetua  sekolah
              seharusnya memberi ceramah tentang kepentingan budaya membaca agar pelajar-pelajar
              dapat  menjadi  cerdik  pandai.  Sementelahan,  guru-guru  patutlah  menggalakkan
              pelajar-pelajar kerap mengunjungi perpustakaan dan meminjam buku. Pada masa yang




                                                                              Cinema
                                                                                  &
                                                                              Movies!








      425
   424   425   426   427   428   429   430   431   432   433   434