Page 430 - KH Book 2020-(Pg 1-494)-Final_Neat
P. 430
【高三理和 周旗乐】
sama, guru-guru bolehlah mengadakan pertandingan mengulas buku yang dibaca oleh
pelajar. Hal ini memang bertepatan dengan program Nilam yang dilaksanakan di
sekolah-sekolah. Alangkah baiknya program Nilam ini diadakan sejak tadika lagi. Dengan
ini kesuburan amalan membaca dapatlah ditanam dalam benak sejak bangku sekolah lagi
bak kata pepatah Melayu “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Seperkara lagi, pihak
sekolah haruslah mengadakan banyak pertandingan yang berkaitan dengan budaya
membaca. Tamsilnya, pertandingan bercerita, syarahan, mengarang esei, berpantun,
mendeklamasi sajak dan sebagainya. Intihanya, guru haruslah kerap memberikan nasihat
dan motivasi tentang kemaslahatan membaca buku terhadap pelajar-pelajar kerana
amalan tersebut akan mencerdaskan minda mereka.
Dari kaca mata yang lain, media massa turut berperanan menyuntik budaya membaca
dalam kalangan masyarakat kita. Media massa seperti televisyen, radio, Internet, surat
khabar, majalah, poster, papan tanda elektronik, kenderaan awam dan sebagainya
memainkan peranan yang vital dalam menghebahkan kemaslahatan tabiat membaca
terhadap masyarakat. Hal ini disebabkan oleh media massa dapat menyampaikan
informasi yang tepat dan cepat terhadap masyarakat sejagat. Media cetak seperti
majalah dan surat khabar seyogianya haruslah kerap memuatkan rencana yang berkaitan
dengan kemaslahatan amalan membaca kepada nusa dan bangsa. Dengan ini, rakyat
jelata akan menjadi cerdik pandai sekali gus negara kita akan terus maju dan makmur.
Pada masa yang sama, pihak media elektronik haruslah menggunakan kesempatan ini
untuk memaklumkan dan menyedarkan rakyat jelata tentang kemaslahatan budaya
membaca demi demi kecelikan minda. Antara langkah yang efektif ialah media ektronik
boleh menyampaikan informasi tentang masa dan tempat pesta buku yang diadakan.
Dengan ini, banyaklah orang akan berpusu-pusu pergi ke pesta buku untuk membeli dan
menyimpan koleksinya di perpustakaan mini di rumah. Tegasnya, media massa memainkan
peranan yang amat vital untuk memberi maklumat dan merangsang rakyat serta
menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan rakyat kita.
Jika kita tinjau dari sudut lain, pihak kerajaan turut berkomitmen untuk menyuntik
budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini bersangkut-paut dengan
pihak kerajaan yang mempunyai pengaruh yang kuat untuk menyemai budaya membaca
terhadap rakyat kita. Dalam hal ini, pihak kerajaan boleh mendirikan banyak
perpustakaan awam khususnya di kawasan luar bandar yang semakin terpinggir
kemudahan bahan-bahan bacaan. Dengan ini, golongan yang kurang mampu akan
mempunyai kesempatan untuk meminjam buku dan membacanya. Tambahan pula, pihak
kerajaan juga haruslah menganjurkan pelbagai pertandingan yang berkaitan dengan
budaya membaca seperti mengarang esei, berpantun, mendeklamasi sajak, forum dan
Cinema
&
Movies!
426

