Page 431 - KH Book 2020-(Pg 1-494)-Final_Neat
P. 431

【高三理和 周旗乐】


              sebagainya.  Bertitik  tolak  daripada  amalan  membaca  ini,  pihak  kerajaan  sewajarnya
              sentiasa  mengadakan  pesta  buku  dan  memberi  potongan  harga  kepada  rakyat  jelata.
              Dengan  ini,  banyak  orang  termasuk  kanak-kanak  akan  mengunjungi  dan  membeli
              buku-buku  yang  diminatinya.  Dalam  menyuntik  dan  merangsang  budaya  membaca,
              perpustakaan bergerak turut memainkan peranan yang vital. Hal ini dikatakan demikian
              kerana  perpustakaan  bergerak  yang  mengandungi  buku-buku  yang  berilmiah  dan
              diletakkan di kawasan perumahan membolehkan penduduk  meminjam buku yang diminati
              dan  membacanya.  Mafhumnya,  pihak  kerajaan  wajarlah  kerap  mengesyorkan  dan
              melancarkan program-program budaya membaca yang berbeza dan bukannya bak kata
              pepatah “hangat-hangat tahi ayam” sahaja.

              Memang tidak disangkal bahawa pihak swasta turut berperanan untuk menyubur dan
              menggarap  budaya  membaca  dalam  kalangan  masyarakat  kita.  Hal  ini  memanglah
              bersesuaian apabila pihak swasta mempunyai dana yang cukup untuk memupuk amalan
              membaca terhadap rakyat jelata. Oleh hal yang demikian, pihak swasta boleh menderma
              wang  untuk  menganjurkan  pertandingan  membaca  buku  dan  pesta  buku.  Dengan  ini,
              beban pihak kerajaan dapat diringankan dalam fenomena ini. Sehubungan dengan ini,
              pusat beli-belah seyogia menyediakan perpustakaan mini yang diisi dengan pelbagai jenis
              buku. Lantaran itu, pengunjung-pengunjung ke pasar raya dapatlah  menggunakan masa
              terluang  untuk  membaca  buku  khasnya  kanak-kanak  bukannya  mensia-siakan  masa
              dengan berpelesiran di situ. Selanjutnya, pihak swasta seperti penerbit-penerbit buku
              haruslah menderma buku-buku kepada pihak sekolah dan juga golongan kurang mampu
              untuk  membeli  buku.  Langkah  yang  baik  sebegini  membolehkan  murid-murid  dapat
              menimba  ilmu  sejak  bangku  sekolah  lagi.  Izharlah  bahawa  pihak  swasta  haruslah
              bersinergi dengan pihak kerajaan untuk memupuk dan menanam amalan membaca dalam
              kalangan rakyat jelata kita.

              Akhirulkalam,  semua  pihak  haruslah  bersepadu  dan  menggembleng  kudrat  untuk
              menyuntik dan menggarap budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. Bak kata
              pepatah Melayu “ anak ibarat kain putih, ibu bapa yang mencorakkannya”. Maka, ibu
              bapa haruslah menyuntik budaya membaca dalam atma anak-anak sejak akar umbi lagi
              sebelum nasi menjadi bubur. Semua pihak haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing
              untuk memupuk tabiat membaca supaya tabiat tersebut terus subur dan gilang persis kata
              peribahasa Melayu “tenggelam sama basah, timbul sama hanyut” seiring dengan negara
              maju  seperti  Amerika  Syarikat.  Sebagai  seorang  rakyat  Malaysia,  kita  haruslah
              mempunyai motivasi dan iltizam yang menggunung agar mempunyai anjakan paradigma
              ke arah negara yang gilang, gemilang dan terbilang.





                                                                              Cinema
                                                                                  &
                                                                              Movies!








      427
   426   427   428   429   430   431   432   433   434   435   436