Page 48 - 1. TAKWIM 2018 & PROFESION (ms 1 - 46)
P. 48
MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM 2018 - KJBS
10. MESYUARAT GURU / KAKITANGAN SOKONGAN.
1. Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Guru Besar / Guru
Penolong Kanan / Ketua Panitia tertentu pada bila-bila masa.
2. Guru tidak dapat hadir kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan hendaklah
mendapatkan kebenaran daripada Guru Besar / Guru Penolong Kanan.
3. Kakitangan sokongan diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Guru
Besar / Guru Penolong Kanan pada bila-bila masa.
4. Kakitangan sokongan tidak dapat hadir kerana sebab-sebab yang tidak dapat
dielakkan hendaklah mendapatkan kebenaran daripada Guru Besar / Guru Penolong
Kanan.
11. CUTI SAKIT.
1. Sijil Sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi 2 hari berturut-turut
hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
2. Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak melebihi 15 hari dalam setahun.
3. Bagi pegawai yang menerima rawatan pesakit dalam di hospital swasta boleh
menerima cuti sakit sehingga 180 hari tanpa pengesahan daripada pegawai
perubatan kerajaan.
4. Guru / Kakitangan sokongan perlu memaklumkan kepada Guru Besar sekiranya
mendapat cuti sakit.
Rujukan
1 Perintah Am Bab C
2 Perkeliling Perkhidmatan Bil. 2/2006 Pindaan Peraturan Mengenai Sijil Sakit untuk tujuan
Cuti Sakit.
42

