Page 51 - 1. TAKWIM 2018 & PROFESION (ms 1 - 46)
P. 51
MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM 2018 - KJBS
19. BUKU STOK / INVENTORI.
1. Ketua Panitia bertanggungjawab menguruskan buku stok / inventori dan memastikan
maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa
dikemaskini.
20. MEMBELI BARANG.
1. Guru / Kakitangan sekolah yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran
Guru Besar dengan menggunakan borang pesanan kawalan dalaman beserta dengan
sebut harga asal daripada pembekal.
2. Borang pesanan kawalan dalaman mesti diisi oleh pemohon dan mendapat sokongan
daripada penolong kanan sebelum diluluskan oleh Guru Besar.
3. Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan.
4. Segala invois mesti ditandatangani oleh guru / penyelenggara Stor yang menerima
dan direkodkan dalam buku stok dengan kemas.
5. Guru Besar tidak akan menanggung segala kos pembelian tanpa kebenarannya.
21. KEGIATAN KOKURIKULUM.
1. Guru yang ditugaskan menjadi penasihat kegiatan Kokurikulum hendaklah menjalankan
tugas dengan cekap dan berkesan.
2. Guru-guru yang berkenaan wajib mengikut jadual yang ditetapkan.
3. Kegiatan Kokurikulum adalah tugas rasmi.
22. PELAWAT.
1. Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Guru Besar / Guru Penolong Kanan
terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau
penjual-penjual kecuali dengan Guru Besar / Guru Penolong Kanan.
45

