Page 50 - 1. TAKWIM 2018 & PROFESION (ms 1 - 46)
P. 50

MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM 2018 - KJBS

                   14. JADUAL KEDATANGAN PELAJAR.
                       1.  Jadual kedatangan pelajar hendaklah ditulis secara teratur, kemas dan ditanda pada

                          setiap hari oleh guru kelas pada waktu pertama. Sekiranya guru kelas tidak hadir,
                          pembantu guru kelas bertanggungjawab menandanya.
                       2.  Buku ini hendaklah sentiasa berada di pejabat sekolah.

                       3.  Pelajar yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut pada waktu persekolahan, ibu

                          bapa / penjaga hendaklah dimaklumkan melalui telefon dan bertulis.
                       4.  Analisis mesti dibuat pada setiap akhir bulan.
                       5.  Guru tidak dibenarkan membawa keluar Buku Kedatangan Pelajar dari sekolah tanpa

                          kebenaran Guru Besar.
                       6.  Guru sahaja yang boleh menanda kehadiran di dalam jadual kedatangan pelajar.

                       7.  Guru  tidak  boleh  menggunakan  liquid  /  correction  tape  untuk  memadam  Buku
                          Kedatangan Pelajar.


                   15. KUNCI.

                       1.  Semua kunci mesti disimpan di pejabat pentadbiran sekolah.
                       2.  Guru  dan  kakitangan  sekolah  yang  hendak  mengambil  /  menyimpan  kunci  mesti
                          mendapat kebenaran dari Guru Besar / Guru Penolong Kanan.

                       3.  Sewaktu  cuti  penggal  persekolahan  semua  kunci  hendaklah  diserahkan  di  pejabat
                          pentadbiran sekolah.


                   16. TELEFON.

                       1.  Penggunaan  telefon  pejabat  hanyalah  untuk  urusan  rasmi  sahaja  dan  hendaklah
                          direkodkan.


                   17. ARAHAN DAN PEKELILING.
                       1.  Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Guru Besar hendaklah dibaca

                          dengan teliti dan dipatuhi serta ditanda tangan selepas membacanya.


                   18. TANDA NAMA
                       1.  Semua  guru  dan  kakitangan  sekolah  hendaklah  memakai  tanda  nama  pada  hari

                          persekolahan dan majlis rasmi di sekolah / di luar sekolah.





                                                                                                                 44
   45   46   47   48   49   50   51   52