Page 52 - 1. TAKWIM 2018 & PROFESION (ms 1 - 46)
P. 52

MANUAL PENGURUSAN & TAKWIM 2018 - KJBS

                   23. KEBERSIHAN.
                       1.  Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan dan

                          pelajar.
                       2.  Jadual  giliran  bertugas  pelajar  hendaklah  disediakan  oleh  guru  kelas.  Alatan
                          membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan rapi dan disimpan di tempat yang

                          selamat.

                       3.  Guru-guru yang mempunyai bilik khas / tempat khas (bengkel, bilik kaunseling, bilik
                          pemulihan khas, makmal dan lain-lain) bertanggungjawab untuk menjaga bilik tersebut.


                   24. KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH.
                       1.  Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan

                          harta benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah samada dengan
                          sengaja atau tidak sengaja hendaklah dibawa ke pengetahuan pihak sekolah.

                       2.  Ketua Panitia / Penyelaras Bilik Khas hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan
                          mengenai penggunaan alat-alat dan bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan

                          lain-lain.
                       3.  Penggunaan alat-alat, bilik-bilik dan bengkel-bengkel di luar masa sekolah dan masa
                          cuti hendaklah mendapat kebenaran Guru Besar dan direkodkan.

                       4.  Penggunaan bilik-bilik tertentu oleh pelajar selepas waktu sekolah, hujung minggu atau
                          waktu cuti hendaklah bersama guru.





























                                                                                                                 46
   47   48   49   50   51   52