Page 1016 - e Prosiding Serai 2021
P. 1016
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM : MENDORONG PENGUASAAN BAHASA MELAYU
MELALUI KOMUNIKASI SECARA MATEMATIK MENGGUNAKAN KAD PERMAINAN
SNAZZY SETS
Nurul Huda Abdul Wahab
SMK Taman Kluang Barat, Kluang
ok_huda@yahoo.com
ABSTRAK
Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar perlu dititikberatkan di dalam semua
mata pelajaran lantaran Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi
wahana penyampaian ilmu di Malaysia. Justeru, elemen merentas kurikulum bagi aspek
bahasa merupakan medium terbaik untuk pelajar menggunakan laras bahasa yang betul.
Kajian dilaksanakan bertujuan untuk mendorong penguasaan Bahasa Melayu melalui
komunikasi secara Matematik menggunakan Kad Permainan Snazzy Sets. Komunikasi
secara Matematik penting untuk membantu pelajar menjelaskan dan memperkukuhkan
kefahaman Matematik mereka secara kolaboratif. Penggunaan kad permainan Snazzy Sets
dapat mendorong penguasaan Bahasa Melayu pelajar melalui penyataan idea dan hujah yang
diberikan secara lisan semasa berkomunikasi. Kajian ini menggunakan rekabentuk kajian
tindakan yang melibatkan 19 orang pelajar tingkatan satu dari sebuah sekolah menengah
di daerah Kluang. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar dapat berkomunikasi secara
berkesan menggunakan Bahasa Melayu melalui komunikasi secara Matematik di dalam bilik
darjah. Selain itu, analisis data turut menunjukkan terdapat peningkatan terhadap pencapaian
pelajar bagi tajuk Pengenalan Kepada Set. Kad Permainan Snazzy Sets merupakan bahan
bantu mengajar yang mempunyai elemen merentas kurikulum berupaya untuk mendorong
penguasaan Bahasa Melayu pelajar di samping menjadikan sesi pengajaran dan
pemudahcaraan bagi mata pelajaran Matematik menjadi lebih menarik kerana berunsurkan
didik hibur.
Kata kunci : elemen merentas kurikulum, didik hibur, kad permainan snazzy sets,
komunikasi secara matematik
PENGENALAN
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi wahana penyampaian ilmu di
Malaysia. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar perlu dititikberatkan di
dalam semua mata pelajaran. Hal ini adalah selari dengan matlamat Kurikulum Bahasa
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 998

