Page 1017 - e Prosiding Serai 2021
P. 1017

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               Melayu Sekolah Menengah untuk melengkapkan pelajar dengan keterampilan berbahasa dan
               boleh  berkomunikasi  untuk  memenuhi  keperluan  diri,  memperoleh  ilmu  pengetahuan,

               kemahiran, maklumat, nilai dan idea serta hubungan sosial dalam kehidupan seharian (KPM,
               2016a). Mahir berkomunikasi adalah salah satu ciri pelajar yang mempunyai Kemahiran Abad
               Ke-21  yang  dihasratkan  untuk  dicapai  melalui  kurikulum  yang  dibina.  Justeru  itu,  elemen

               merentas kurikulum  dilihat  dapat  membantu  dan  mendorong  penguasaan  Bahasa  Melayu
               pelajar dalam usaha untuk mahir berkomunikasi. Elemen merentas kurikulum ini diterapkan

               bertujuan untuk mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan dalam berbahasa.
               Hal ini adalah kerana, semasa sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) bagi setiap mata
               pelajaran,  aspek  sebutan,  struktur  ayat,  tatabahasa,  istilah  dan  laras  bahasa  perlu  diberi

               penekanan  bagi  membantu  pelajar  menyusun  idea  dan  berkomunikasi  secara  berkesan
               (KPM,  2016a).  Melalui  mata  pelajaran  Matematik misalnya,  komunikasi  secara  Matematik

               dilihat dapat mendorong penguasaan Bahasa Melayu pelajar. Dengan dorongan seperti ini
               pelajar dapat bertutur, berkomunikasi, menyampaikan maklumat dan pendapat serta hujah
               dengan  berkesan  melalui  interaksi  yang  berlangsung.  Melalui  mata  pelajaran  Matematik,

               komunikasi  secara  Matematik  perlulah  dilakukan  untuk  mendorong  penguasaan  Bahasa
               Melayu pelajar.

                       Komunikasi  secara  Matematik  didefinisikan  sebagai  proses  menyatakan  idea    dan

               kefahaman  secara  lisan,  visual  atau  bertulis menggunakan  nombor,  tatatanda,  simbol,
               gambar  rajah, graf, gambar atau perkataan. Komunikasi ialah proses yang penting dalam

               pembelajaran  matematik  kerana  komunikasi  secara  matematik  membantu  pelajar
               menjelaskan  dan memperkukuh kefahaman  Matematik mereka.   Melalui  komunikasi juga,
               idea  Matematik  dapat  diluahkan  dan  difahami dengan lebih baik (KPM, 2016b). Komunikasi

               berkesan  memerlukan  persekitaran  yang sentiasa  peka  terhadap  keperluan  pelajar  untuk
               berasa  selesa   semasa   bercakap,   bertanya   soalan,  menjawab  soalan,   menghuraikan
               pernyataan  serta  menjustifikasikan pandangan  kepada  rakan  sekelas  dan  juga  guru.

               Pelajar  seharusnya  diberi  peluang  untuk  berkomunikasi  secara  aktif,  contohnya
               berkomunikasi semasa melakukan  aktiviti  secara  berpasangan atau berkumpulan di dalam
               bilik darjah. Komunikasi juga merupakan salah satu tunjang di dalam kerangka Kurikulum

               Standard Sekolah Menengah seperti yang digariskan didalam Dokumen Standard Kurikulum
               & Pentaksiran Matematik. Penguasaan kemahiran berbahasa Melayu adalah penting semasa

               berinteraksi.

                       Namun  demikian,  apabila  pengajaran  dan  pembelajaran  yang  selalunya
               menggunakan  kaedah  konvensional  tidak  dapat  mengoptimumkan  komunikasi  secara

               Matematik pelajar. Ini adalah kerana, pendekatan konvensional yang diajar secara “chalk and
               talk” menyebabkan pelajar pasif di dalam bilik darjah kerana tiada interaksi dua hala yang


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                999
   1012   1013   1014   1015   1016   1017   1018   1019   1020   1021   1022