Page 1020 - e Prosiding Serai 2021
P. 1020

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               menyelesaikan isu dan masalah yang dihadapi di dalam proses pengajaran dan pembelajaran
               di dalam bilik darjah.

                       Tinjauan awal telah dilakukan oleh pengkaji bertujuan untuk memahami dengan lebih
               mendalam masalah yang timbul. Data diperolehi melalui pemerhatian pengkaji semasa sesi
               PdPc berlangsung. Penglibatan pelajar diperhatikan sepanjang proses PdPc yang dilakukan.

               Pengkaji  telah  menghasilkan  Kad  Permainan  Snazzy  Sets  sebagai  intervensi  untuk
               mengalakkan komunikasi secara Matematik dan mendorong pelajar menggunakan Bahasa

               Melayu  yang  betul  semasa  berinteraksi.  Perkataan  “Snazzy”  yang  bermaksud  menarik,
               bergaya dan moden dipilih bersesuaian dengan tujuan pengkaji untuk menarik perhatian dan
               minat  pelajar  melalui  grafik  yang  berwarna-warni  pada  kad  permainan  tersebut  supaya

               pembelajaran  berpusatkan  pelajar  dapat  dilakukan.  Manakala  “Sets”  merujuk  kepada
               kumpulan-kumpulan  da  juga  merupakan  tajuk  Matematik  yang  dipelajari.  Pelajar-pelajar

               bermain  sambil  belajar  dengan  membina  ayat  Matematik  berdasarkan  simbol-simbol  set
               melalui pendekatan didik hibur selari dengan saranan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
               (KPM) di dalam Naratif Baharu Amalan Pendidikan.

                       Kad Permainan Snazzy Sets terdiri daripada kad simbol, kad permainan dan juga sebiji
               dadu seperti di dalam Rajah 1. Terdapat 6 jenis kad simbol yang merujuk kepada tatatanda
               simbol-simbol  Set  seperti  Set  A,  unsur,  kesatuan,  persilangan,  set  kosong  dan  subset.

               Manakala kad permainan pula terdiri  daripada kad pelbagai gambar berwarna-warni  yang
               berdekatan dengan persekitaran pelajar seperti makanan dan minuman serta aplikasi media
               sosial. Paparan nombor 1,2,3,4,5 dan 6 pada sebiji dadu juga telah diubahsuai dengan enam

               jenis simbol tatatanda Set yang telah dipelajari seperti kesatuan, elemen, set, set kosong,
               persilangan dan subset.
















                                  Rajah 1 Item-item dalam Kad Permainan Snazzy Sets.
                                     (a)  Kad Simbol;  (b)  Kad Permainan; (c)  Dadu


                       Pelajar  bermain  kad  permainan  Snazzy  Sets  secara  berkumpulan.  Setiap  pelajar
               mempunyai  giliran  untuk  membaling  dadu  dan  kemudian  menyusun  kad  permainan

               membentuk  ayat  Matematik  yang  betul.  Seterusnya,  pelajar  akan  menyatakan  hujah



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1002
   1015   1016   1017   1018   1019   1020   1021   1022   1023   1024   1025