Page 1019 - e Prosiding Serai 2021
P. 1019
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
(2019), yang menggunakan aspek bahasa sebagai elemen merentas kurikulum di dalam mata
pelajaran Matematik mendapati pelajar dapat menambah kosa kata Bahasa Melayu melalui
permainan yang diperkenalkan.
Komunikasi Bahasa Melayu di dalam mata pelajaran Matematik contohnya, dapat
mendorong peningkatan penguasaan bahasa pelajar ke tahap yang lebih baik. Hal ini adalah
kerana, komunikasi merupakan salah satu elemen yang penting dalam proses
menyelesaikan masalah dalam pengajaran dan pembelajaran matematik (Azlan &
Abdullah, 2017). Melalui komunikasi, interaksi di dalam bilik darjah dapat dilakukan. Interaksi
lisan yang berkesan menjadi satu medium bagi penguasaan kemahiran lisan (Jamian,Othman
& Ishak, 2016). Kemampuan komunikasi matematik terdiri daripada komunikasi lisan dan
komunikasi tulisan. Komunikasi lisan adalah seperti berhujah dan menjelaskan sesuatu.
Manakala komunikasi tulisan adalah mengungkapkan idea matematik melalui gambar/grafik,
jadual, persamaan dan sebagainya (Hodiyanto, 2017). Komunikasi secara Matematik penting
untuk membantu pelajar menjelaskan dan memperkukuhkan kefahaman Matematik mereka.
Sungguhpun demikian, tinjauan literatur mendapati komunikasi secara Matematik
kurang mendapat perhatian guru (Haji & Abdullah, 2016). Selain itu, kajian berkaitan
komunikasi secara Matematik di Malaysia juga masih terlalu kurang jika dibandingkan dengan
negara lain seperti Indonesia. Hasil kajian oleh Rohaeti (2003), Wihatma (2004), Purniati
(2004) menyimpulkan bahawa kemampuan komunikasi Matematik pelajar adalah rendah.
Baroody (1993) turut menjelaskan bahawa komunikasi secara Matematik penting kerana dua
perkara iaitu Matematik sebagai Bahasa dan mempelajari Matematik adalah salah satu aktiviti
sosial. Tambah Baroody lagi, Matematik sebagai Bahasa digunakan dalam menyampaikan
idea dengan menggunakan simbol dan pengertian yang memiliki maksud yang betul.
Matematik yang dipelajari di sekolah juga diguna pakai dalam aktiviti sosial seharian seperti
membeli barang, mengira wang simpanan dan banyak lagi.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini melibatkan pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah menengah di daerah Kluang.
Seramai 19 orang pelajar yang terdiri daripada 10 orang pelajar lelaki dan 9 orang pelajar
perempuan terlibat di dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan rekabentuk kajian tindakan.
Pelaksanaan kajian ini adalah berdasarkan Model Kurt Lewin (1946) yang melibatkan empat
proses iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Rasional reka bentuk kajian
tindakan dipilih adalah untuk menambah baik amalan sedia ada pengkaji yang sebelum ini
menggunakan pendekatan konvensional berpusatkan pelajar kepada pendekatan didik hibur
yang berpusatkan pelajar. Ianya juga selari dengan tujuan kajian di mana pengkaji ingin
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1001

