Page 1156 - e Prosiding Serai 2021
P. 1156
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Pormalu et al. (2017) menunjukkan bahawa pelajar yang bukan penutur jati bahasa Melayu
mempunyai sikap yang positif untuk mempelajari bahasa Melayu. Kajian tersebut mempunyai
persamaan dengan kajian ini, kecuali sampel kajian dalam kajian ini ialah pelajar Iban. Kajian
Norlida Razali (2018) juga berkaitan tentang sikap positif yang mempengaruhi pembelajaran
bahasa yang baharu. Walaupun kajian tersebut sedikit berbeza, iaitu mengkaji pembelajaran
bahasa ketiga, namun pembelajaran bahasa yang baharu sama ada bahasa tersebut ialah
bahasa kedua ataupun bahasa ketiga, masih lagi dipengaruhi oleh bahasa pertama. Selain
itu, kajian Nasywa Muhammad Ariff Bakhtiar dan Norasyikin Osman (2019) mempunyai
persamaan dengan kajian ini kerana kajian mereka berkaitan dengan pandangan, minat dan
motivasi dalam mempelajari bahasa kedua.
Kajian Ilangko Subramaniam, Noorulafiza Abdul Muthalib dan Siti Nor Hamahida
Zainal (2014) sangat berkait rapat dengan kajian ini kerana membuktikan bahawa
penggunaan bahasa Iban sangat efektif untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam
pengajaran guru yang menggunakan bahasa kedua. Namun begitu, kajian tersebut tidak
menyentuh kesan penggunaan bahasa Iban terhadap sikap dan motivasi pelajar Iban untuk
mempelajari bahasa Melayu.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif. Seramai 30 orang pelajar Iban di Universiti
Pendidikan Sultan Idris dipilih sebagai responden dengan menggunakan kaedah
persampelan bertujuan. Instumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik yang
mengandungi 36 item, dan terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu Bahagian A (demografi
responden), Bahagian B (konstruk sikap), dan Bahagian C (konstruk motivasi). Semua item
dijawab dengan menggunakan skala Likert, iaitu setuju, sangat setuju, tidak pasti, tak setuju,
dan sangat tidak setuju. Soal selidik dibuat dalam bentuk Google Form dan diedarkan kepada
responden secara dalam talian. Data dianalisis secara statisktik deskriptif dan statistik
inferens dengan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) untuk mendapatkan
kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai dan nilai korelasi. Min untuk setiap item dan purata
keseluruhan min untuk setiap bahagian dinterpretasi berdasarkan jadual interpretasi skor min
oleh Nunnally Bernstein (1994).
Jadual 3.1
Interprestasi Skor Min Nunnally dan Bernstein (1994)
Skor Min Interprestasi
1.00 - 2.00 Rendah
2.01 - 3.00 Sederhana rendah
3.01 - 4.00 Sederhana tinggi
4.01 - 5.00 Tinggi
(Sumber: Nooraini Kasturi dan Jamaludin Badusah, 2017)
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1138

