Page 1161 - e Prosiding Serai 2021
P. 1161

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                  PENCAPAIAN KEMAHIRAN MENULIS BERDASARKAN KSBM BAGI GURU-GURU
                                          BUKAN OPSYEN BAHASA MELAYU

                      1 Dr. Hasnah binti Awang,  Shamsudin Abu Bakar,  Siti Salamah binti Mohamad
                                                                        3
                                                2
                                                       4
                                              Yusof  &  Zawahir bin Ismail

                           1,2 Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
                                    3 Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu,
                                                 4 Institut Aminuddin Baki
                                               hasnah@ipgmipoh.edu.my



                                                       ABSTRAK


               Kajian ini bertujuan bagi mengenal pasti pencapaian guru-guru bahasa Melayu bukan opsyen

               yang mengajar subjek Bahasa Melayu di sekolah. Kajian yang dijalankan ini berdasarkan
               Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM). Kemahiran yang menjadi fokus dalam kajian ini
               ialah  kemahiran  menulis  Tahap  5  Aras  1  iaitu  berupaya  untuk  mengenal  pasti  idea  yang

               bernas  dalam  penulisan  yang  berfokus  tentang  bidang  tertentu  dan  memilih  diksi  untuk
               menghasilkan penulisan cerita yang mengandungi pemikiran tinggi. Penguasaan kemahiran

               menulis  melibatkan proses pemilihan dan pengolahan bahan secara sistematik.  Responden
               bagi kajian ini terdiri daripada 14 orang guru dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor yang
               melibatkan  PPD  Gombak,  Hulu  Langat,  Klang,  dan  Kuala  Langat.  Responden  tersebut
               mempunyai pengalaman mengajar antara 3 hingga 12 tahun di sekolah. Dua set ujian sebagai

               alat kajian disediakan mengikut aras pencapaian yang ditetapkan berdasarkan KSBM. Ujian
               tersebut digunakan bagi tujuan pengumpulan data. Dapatan kajian menunjukkan kumpulan

               besar gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh penilaian tahap pencapaian tersebut.

               Kata kunci: Kemahiran Menulis, KSBM, dan bukan opsyen


               PENDAHULUAN


               Kerangka Standard Bahasa Melayu  (KSBM) adalah satu daripada inisiatif memartabatkan
               pendidikan bahasa kebangsaan itu yang diletakkan di bawah dasar Memartabatkan Bahasa
               Melayu  Memperkukuhkan  Bahasa  Inggeris  (MBMMBI)  di  bawah  Kementerian  Pendidikan.

               Kerangka  Standard  Bahasa  Melayu  (KSBM)  merupakan  satu  piawai  bahasa  untuk
               menentukan tahap pemerolehan dan penguasaan dalam kalangan pengguna bahasa Melayu.

               Terdapat empat objektif utama KSBM antaranya menentukan standard kompetensi bahasa
               Melayu dalam kalangan pengguna bahasa Melayu, menentukan standard aras kompetensi
               bahasa Melayu dalam kalangan penutur bahasa Melayu, menjadi rujukan dalam pembinaan

               kurikulum  pendidikan  bahasa  Melayu  dalam  sistem  pendidikan  dan  menjadi  rujukan  bagi



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1143
   1156   1157   1158   1159   1160   1161   1162   1163   1164   1165   1166