Page 1158 - e Prosiding Serai 2021
P. 1158

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               dua  bahasa  ini  dapat  dilihat  dari segi  sebutan, kosa kata  dan  struktur  ayat. Guru bahasa
               Melayu harus memanfaatkan kelebihan ini dengan memberi penerangan dalam bahasa yang

               paling hampir dengan bahasa ibunda pelajar. Di samping itu, penggunaan bahasa Iban dan
               bahasa Melayu di dalam kelas akan mewujudkan suasana yang selesa untuk pelajar Iban
               mengikuti sesi PdP.


               Hubungan antara Faktor dan Kesan Penggunaan Bahasa Iban dalam Penerangan Guru

               Bahasa Melayu
               Hasil ujian korelasi mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara faktor dan
               kesan penggunaan bahasa Iban dalam penerangan guru bahasa Melayu, iaitu 0.987 dengan

               nilai sig=0.000 (p<0.05). Keadaan ini menunjukkan bahawa faktor penggunaan bahasa Iban
               dalam penerangan guru bahasa Melayu memberi kesan terhadap sikap dan motivasi pelajar

               Iban untuk mempelajari bahasa Melayu.

               SYOR CADANGAN KAJIAN


               Berdasarkan dapatan kajian, terdapat beberapa syor cadangan kajian yang boleh dilakukan.
               Untuk objektif pertama, syor yang dicadangkan ialah pengkaji mengkaji kesan penggunaan

               bahasa ibunda yang berterusan dalam pengajaran guru. Penggunaan bahasa ibunda yang
               berterusan  mungkin  menyebabkan  pelajar  tidak  dapat  meneroka  bahasa  Melayu  tanpa

               bergantung kepada bahasa ibunda. Untuk objektif kedua pula, syor yang dicadangkan ialah
               pengkaji  boleh  mengkaji  faktor  yang  menyebabkan  bahasa  pertama  tidak  efektif  dalam
               mengajar bahasa kedua. Hal ini dikatakan demikian kerana pelajar akan bergantung kepada

               bahasa ibunda semata-mata untuk mempelajar bahasa yang baharu. Untuk objektif ketiga,
               syor  yang  boleh  dicadangkan  ialah  pengkaji  mengkaji  hubungan  antara  kekerapan

               penggunaan bahasa ibunda dalam penerangan guru dan tahap penguasaan pelajar tentang
               bahasa Melayu. Dengan itu, pengkaji dapat melihat sama ada kekerapan penggunaan bahasa
               ibunda  yang  tinggi  dapat  mempengaruhi  pengetahuan  pelajar  tentang  bahasa  Melayu

               ataupun tidak.



               RUJUKAN

               Ayesha Saddiqa. (2018). The role of Pashto (as L1) and Urdu (as L2) in English language
                     learning.  Linguistics  and  Literature  Review,  4(1),  1-17.  Diperoleh  daripada
                     https://www.researchgate.net/publication/326269319_The_Role_of_Pashto_as_L1_an
                     d_Urdu_as_L2_in_English_Language_Learning

               Daria Mizza. (2014). The first language (L1) or mother tongue model vs. the second language
                     (L2) model of literacy instruction. Journal of Education and Human Development, 3(3),
                     101-109.                              Diperoleh                             daripada

               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1140
   1153   1154   1155   1156   1157   1158   1159   1160   1161   1162   1163