Page 1162 - e Prosiding Serai 2021
P. 1162

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               membina instrumen penguasaan bahasa Melayu. KSBM yang dibangunkan sebagai rujukan
               bagi menghasilkan satu standard untuk menentukan tahap pemerolehan dan penguasaan

               bahasa dalam kalangan pengguna bahasa Melayu.
                       KSBM  dibina  berdasarkan  dua  dimensi,  iaitu  penguasaan/pemerolehan  bahasa
               Melayu  dan  kemahiran  bahasa  Melayu.  Pemerolehan  dan  penguasaan  bahasa  Melayu

               adalah berdasarkan tatatingkat unit bahasa, iaitu fonem, morfem, kata, frasa, klausa, ayat dan
               wacana. Manakala kemahiran berbahasa Melayu meliputi empat kemahiran, iaitu kemahiran

               mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.
                       Konsep menulis secara khusus dikaitkan dengan proses penyaluran ilmu, idea atau
               maklumat secara bersistem yang mengambil kira aspek tujuan menulis, penggunaan bahasa,

               audiens dan gaya penulisan supaya dapat menggambarkan keadaan, alam dan kehidupan
               secara lebih menyeluruh.

                       Menurut  Paul  Jennings  (2004)  pula  dalam  The  Reading  Bug,  “Menulis  adalah
               keperluan peribadi bukan kerana tugas di dalamnya tetapi ada kesenangan dan ada manfaat
               untuk kehidupan sehari-hari. Ada nilai yang tak ternilai dalam kegiatan ini.”

               Sebenarnya,  menulis  bermaksud  kegiatan  simbol-simbol  grafik  yang  disusun  atur
               berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan seterusnya disusun menjadi ayat-ayat.
               Tulisan pula merupakan bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi di samping

               sebagai alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan.
                       Oleh yang demikian, kemahiran menulis bukan suatu yang bersifat tetap tetapi mampu
               membantu  ke  arah  pemahaman  pemikiran  terhadap  proses  penulisan  terutama  dalam

               suasana  pengajaran  dan  pembelajaran  di  dalam  bilik  darjah  contohnya  keupayaan  murid
               menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan.

                       Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peranan tulisan sangat penting kerana
               tulisan bertindak sebagai alat bagi menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan buah
               fikiran  seseorang.  Tulisan  berhubung  rapat  dengan  membaca  yang  mana  kedua-duanya

               mementingkan teknik dan akal. Membaca tidak mungkin dilakukan sekiranya tidak ada tulisan
               dan begitu juga sebaliknya.

                       Pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis dan membaca di sekolah bukanlah
               sesuatu yang terpisah sifatnya malah seharusnya dijalankan serentak atau dalam masa selari.
               Walaupun pada dasarnya membaca seharusnya mendahului tulisan tetapi kadangkala kanak-
               kanak  telah  pandai  menulis  ketika  masuk  sekolah.  Hal  ini  tidak  membimbangkan  kerana

               sewaktu  mereka menulis  mereka  juga turut membaca.  Menurut  Ann  Raimes  (1983)  telah
               mengemukakan  tiga  fungsi  kemahiran  menulis  melalui  bukunya  Techniques  In  Teaching

               Writing,  iaitu  :  Merangsang  dan  memahirkan  tatabahasa,  idea,  perbendaharaan  kata  dan
               perasaan,    memberi  peluang  kepada  pelajar  untuk  menerokai  bidang  bahasa  dan




               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1144
   1157   1158   1159   1160   1161   1162   1163   1164   1165   1166   1167