Page 1187 - e Prosiding Serai 2021
P. 1187
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
berkaitan aspek psikologi seperti kebimbangan dan tekanan perasaan. Hal ini kerana jika
dahulunya siswa guru praktikum dapat mengaplikasikan sesuatu ilmu secara praktikal kepada
murid-murid di sekolah, namun kini agak sukar untuk mengaplikasikan pengetahuan serta
teori yang siswa guru pelajari selama ini. Sebagai contoh, kawalan kelas bagi pembelajaran
di sekolah dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin, namun kini kawalan kelas hanya
berlaku di alam maya tanpa bersemuka dan perkara yang lebih mencabar ialah sesi
pengenalan antara murid-murid dengan siswa guru praktikum sudah pasti tidak berlaku
seperti yang diharapkan. Oleh yang demikian, sekiranya para siswa guru tidak menguruskan
emosi dan sikap mereka dengan baik, sudah pasti rasa serabut dan tertekan dengan beban
kerja akan wujud dan akhirnya menjejaskan proses latihan praktikum tersebut. Sehubungan
dengan itu, setiap siswa guru yang berpraktikum seharusnya mempunyai persediaan bagi
menghadapi norma baharu dalam pendidikan yang sekarang ini mewajibkan pembelajaran
secara dalam talian. Oleh itu, para siswa guru juga harus mempunyai kepakaran dalam
menguruskan TMK kerana menurut Dhawan (2020) dalam kajiannya menyatakan bahawa
kaedah pembelajaran secara dalam talian banyak dipengaruhi oleh teknologi. Dengan kata
lainya, pemilihan teknologi canggih yang tepat akan memberikan kesan pembelajaran yang
lebih baik kepada murid.
Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengetahui tentang tahap pengetahuan
dan kesediaan pelajar di IPG Kampus Dato Razali Ismail Terengganu menjalankan PdPc
dalam talian sewaktu praktikum. Antara objektif kajian ini dilaksanakan adalah seperti berikut:
i. Mengenal pasti kesediaan tahap pengetahuan siswa guru di Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato’ Razali Ismail Opsyen Bahasa Melayu Ambilan Jun 2018 dalam
menjalankan PdPc dalam talian sewaktu praktikum.
ii. Mengenal pasti kesediaan tahap kemahiran siswa guru di Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato’ Razali Ismail Opsyen Bahasa Melayu Ambilan Jun 2018 dalam
menjalankan PdPc dalam talian sewaktu praktikum.
iii. Mengenal pasti kesediaan tahap sikap siswa guru di Institut Pendidikan Guru Kampus
Dato’ Razali Ismail Opsyen Bahasa Melayu Ambilan Jun 2018 dalam menjalankan
PdPc dalam talian sewaktu praktikum.
iv. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan tahap pengetahuan, kemahiran dan
sikap mengikut faktor demografi jantina, tempat dan bilangan unit.
TINJAUAN LITERATUR
Terdapat kajian yang mempunyai kaitan dengan kajian ini. Antaranya kajian yang dilakukan
oleh Jung, Kudo, dan Choi (2012) menjelaskan bahawa pelajar yang melalui proses
pembelajaran secara dalam talian menghadapi masalah berkaitan aspek psikologi seperti
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1169

