Page 1188 - e Prosiding Serai 2021
P. 1188

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               kebimbangan  dan  tekanan  perasaan.  Hal  ini  kerana  jika  dahulunya  siswa  guru  praktikum
               dapat mengaplikasikan sesuatu ilmu secara praktikal kepada murid-murid di sekolah, namun

               kini  agak  sukar  untuk  mengaplikasikan  pengetahuan  serta  teori  yang  siswa  guru  pelajari
               selama ini. Sebagai contoh, kawalan kelas bagi pembelajaran di sekolah dapat dilaksanakan
               dengan  sebaik  mungkin,  namun  kini  kawalan  kelas  hanya  berlaku  di  alam  maya  tanpa

               bersemuka  dan  perkara  yang  lebih  mencabar  ialah  sesi  pengenalan  antara  murid-murid
               dengan siswa guru praktikum sudah pasti tidak berlaku seperti yang diharapkan. Oleh yang

               demikian, sekiranya para siswa guru tidak menguruskan emosi dan sikap mereka dengan
               baik, sudah pasti rasa serabut dan tertekan dengan beban kerja akan wujud dan akhirnya
               menjejaskan proses latihan praktikum tersebut.

                      Selain  itu,  kajian  Noor  Azlan  Ahmad  Zanzali  &  Hasriani  Asri  Atjeng  (2001)  juga
               menunjukkan bahawa keyakinan guru pelatih semasa menjalani latihan mengajar dipengaruhi

               oleh  tahap  penguasaan  terhadap  pengetahuan,  pedagogi  dan  psikologi  pembelajaran.
               Justeru, sebagai seorang bakal pendidik, menjadi tanggungjawab siswa guru mempersiapkan
               diri dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang berkaitan dengan PdPc dalam dalam

               talian agar proses PdPc tersebut berjalan dengan lancar.
                      Kesimpulannya,  cabaran  dalam  menjalankan  PdPc  dalam  talian  sememangnya
               mempunyai banyak halangan. Menurut Kementerian Sumber Manusia Malaysia umpamanya

               telah mengenal pasti beberapa cabaran dalam melaksanakan PdPc dalam talian antaranya
               ialah  capaian  kepada  kemudahan  Internet,  ketiadaan  kemudahan  komputer  atau  telefon
               bimbit, suasana pembelajaran yang tidak kondusif dan juga keberkesanan pembelajaran yang

               berdasarkan  kawalan  diri  siswa  guru  (Kementerian  Sumber  Manusia,  2020).  Oleh  yang
               demikian,  cabaran  sebegini  pasti  menguji  tahap  kesediaan  siswa  guru  dari  aspek

               pengetahuan, kemahiran dan sikap mereka

               METODOLOGI


               Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan. Instrumen soal selidik dengan lima skala Likert 5
               mata digunakan.  Sampel kajian terdiri daripada 66 orang pelajar PISMP Ambilan Jun 2018
               opsyen Bahasa Melayu yang sedang menjalankan praktikum. Instrumen kajian mengandungi

               tiga konstruk utama iaitu pengetahuan, kemahiran dan sikap pelajar semasa pelaksanaan
               praktikum secara dalam talian dengan 29 item dalam soal selidik. Soal selidik ini diedarkan

               menggunakan medium Google Form. Instrumen ini mempunyai nilai kebolehpercayaan 0.933
               iaitu sangat tinggi dan boleh digunakan.
                       Data kajian yang diperoleh daripada set soal selidik dianalisis menggunakan perisian

               SPSS  versi  23.0.  Kaedah  analisis  data  yang  digunakan  iaitu  kaedah  statistik  deskriptif.
               pengkaji  menggunakan  interpretasi  skor  min  yang  telah  digunakan  oleh  Nunnaly  dan



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1170
   1183   1184   1185   1186   1187   1188   1189   1190   1191   1192   1193