Page 21 - e Prosiding Serai 2021
P. 21

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               PENGENALAN

               Sains merupakan bidang kajian tentang alam sekitar secara sistematik dan menerangkan

               fenomena-fenomena  yang  berlaku.  Murid  memperoleh  pengalaman  yang  sebenar  dan
               autentik apabila mereka terlibat secara langsung dalam penyiasatan sesuatu fenomena yang

               berlaku  di  persekitaran.  Oleh  sebab  itu,  Pusat  Perkembangan  Kurikulum  (2001)  memilih
               pendekatan inkuiri penemuan (IP) sebagai pendekatan utama dalam kurikulum sains sekolah
               rendah dan menengah di negara ini.


                        Proses  pengajaran  dan  pembelajaran  (PdP)  dengan  pendekatan  IP  ini  sangat
               menekankan pengalaman yang dilalui oleh murid itu sendiri dengan memberi peluang kepada
               murid untuk membina pengalaman pembelajaran yang merangsang minda saintifik dan juga

               kemahiran  berfikir  aras  tinggi.  Menurut  Minner,  Levy  &  Century  (2010),  objektif  dalam
               pelaksanaan pembelajaran sains berasaskan inkuiri adalah untuk meningkatkan kefahaman

               mengenai  konsep  dan  prosedur  dalam  sains.  Bagi  memastikan  semua  murid  memahami
               konsep sains dan mempunyai keupayaan yang lebih tinggi untuk mempelajari konsep saintifik,
               satu pendekatan baharu yang dikenali sebagai Inquiry Based Science Education (IBSE) atau

               Pembelajaran  Sains  Berasaskan  Inkuiri  telah  diperkenalkan  di  seluruh dunia.  Pendekatan
               IBSE  ini  berkesan  untuk  mempelajari  dan  memahami  konsep  saintifik  dalam  sains  yang
               menggunakan inkuiri penemuan sebagai kaedah utama (Martina et al., 2016).


                       Menurut Spencer dan Walker (2016), generasi muda pada masa kini lebih cenderung
               dan berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai sesuatu perkara dengan membuat

               penerokaan sendiri. Oleh itu, kaedah pengajaran yang sesuai dan menarik amat penting bagi
               mengurangkan jurang antara kefahaman pelajar yang diajar di dalam kelas dan pengetahuan
               tambahan yang diperolehi daripada pelbagai sumber yang lain. Atas dasar itu, IBSE menjadi

               pilihan  utama  dalam  kaedah  pengajaran  dan  pembelajaran  sains  pada  masa  kini  bagi
               meningkatkan motivasi, pengetahuan dan kemahiran yang betul supaya pembelajaran sains
               menjadi seronok dan bermakna (Martina el al., 2016).



               PERNYATAAN MASALAH

               Pada masa kini isu mengenai kemerosotan pencapaian dalam mata pelajaran Sains berada

               pada tahap yang membimbangkan dan telah banyak dibincangkan. Kemerosotan pencapaian
               murid Malaysia dalam sains dapat dilihat dalam pentaksiran peringkat antarabangsa melalui

               Trends  in  International  Mathematics  and  Science  Study  (TIMSS).  Keputusan  pencapaian
               TIMSS 2019 mencatatkan penurunan skor bagi mata pelajaran Sains di mana Malaysia telah
               memperolehi purata skor 469 iaitu dua mata skor lebih rendah berbanding TIMSS 2015. Bagi




                  e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                     3
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26