Page 176 - e Prosiding Serai 2021
P. 176
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
MIZANIS SOL: KEPELBAGAIAN GAYA PEMBELAJARAN PELAJAR GENERASI Z
3
1
2
Hazlina binti Awang Lah , Ismail bin Sulaiman. , Salime bin Ab Rahman , Abdul Aziz
4
bin Mat Ail dan Che Rahim bin Che Din 5
1,3,4,5 Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan
2 Sekolah Menengah Kebangsaan Pelagat
ahazlina@ipgmksm.edu.my
ABSTRAK
Perubahan landskap digital melalui Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0) telah merubah tradisi
kehidupan yang berpusat sumber manusia kepada penguasaan digital. Generasi Z
merupakan generasi kini yang dewasa dalam persekitaran pembelajaran dunia digital. Gaya
pembelajaran generasi Z amat penting bagi pembangunan modal insan yang cemerlang pada
masa depan. Kajian ini dilaksanakan bagi mengenalpasti gaya pembelajaran pelajar Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan
(IPGKSM) berdasarkan model gaya pembelajaran perceptual Reid 1987 dan model reka
bentuk pengajaran ADDIE. Kefahaman terhadap gaya pembelajaran fisiologikal dan
sosiologikal dapat membantu pensyarah merancang aktiviti pengajaran yang sesuai dengan
gaya pembelajaran yang menjadi kecenderungan pelajar. Reka bentuk kajian terbahagi
kepada dua bahagian iaitu: i. pembangunan sistem inventori gaya pembelajaran pelajar
PISMP IPGKSM (MIZANIS SoL) ii. mengenalpasti kecenderungan jenis gaya pembelajaran
pelajar PISMP IPGKSM. Responden terdiri daripada 222 orang pelajar PISMP IPGKSM. Data
dianalisis secara statistik deskriptif menggunakan Statistical Package for Social Sciences
(SPSS). Dapatan kajian adalah dalam bentuk: i. Reka bentuk antara muka MIZANIS SoL dan
ii. Dapatan kajian gaya pembelajaran yang dominan yang diamalkan dalam kalangan pelajar
PISMP IPGKSM bagi fisiologikal ialah auditori, manakala sosiologikal ialah berkumpulan.
Diharapkan dengan dapatan tersebut para pensyarah dapat merancang aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang lebih kreatif dan inovatif selari dengan tahap kecenderungan gaya
pembelajaran yang menjadi pilihan pelajar generasi z.
Kata kunci: pelajar generasi z, gaya pembelajaran perseptual, gaya pembelajaran fisiologikal,
gaya pembelajaran sosiologikal
PENGENALAN
Perkembangan digital yang kian pantas sekaligus mengubah landskap dunia daripada sudut
sektor ekonomi, perindustrian, dan termasuklah sektor pendidikan. Fenomena IR4.0 telah
memberi impak besar dalam mencorak sektor pendidikan ke arah yang lebih dinamik dan
terkini. Perubahan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam norma baharu telah
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 158

