Page 177 - e Prosiding Serai 2021
P. 177
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
mempengaruhi gaya dan strategi pembelajaran pelajar. Kaedah pengajaran pensyarah pun
perlu seiring dengan perubahan PdP di era pandemik covid-19. Pendekatan gaya
pembelajaran perceptual membantu pelajar meneroka dan menyerap ilmu pengetahuan
melalui rangsangan fisiologikal dan sosiologikal.
Kajian dalam bidang psikologi dan pendidikan menunjukkan individu mempunyai
kemahiran yang berbeza memproses maklumat. Cara seseorang individu memproses,
memfokus dan mengekalkan maklumat baru dan kompleks dikenali sebagai gaya
pembelajaran (Dunn & Dunn, 1993). Gaya pembelajaran setiap generasi adalah berbeza
mengikut persekitaran dan pengalaman (Reid, 1987). Oleh yang demikian, gaya
pembelajaran generasi Z tidak mungkin sama dengan gaya pembelajaran generasi terdahulu
iaitu X dan Y.
Norazah dan Shaari (2005) berpendapat bahawa seseorang pelajar perlu
menitikberatkan gaya pembelajaran dan kemahiran belajar supaya dapat mengurangkan
masalah pembelajaran dalam usaha untuk mendapat kejayaan yang cemerlang dalam
akademik. Oleh yang demikian, satu kerangka kajian reka bentuk MIZANIS SoL (Rajah 1)
telah dibina berdasarkan kepada dua model iaitu Model Reka bentuk Pengajaran ADDIE dan
Model Gaya Pembelajaran Perceptual Reid 1987. Kerangka ini adalah bertujuan untuk
membangun satu sistem inventori bagi mengenalpasti gaya pembelajaran pelajar PISMP
IPGKSM khususnya dan pelajar generasi Z umumnya. Metodologi pembangunan perisian
MIZANIS SoL berasaskan model ADDIE. Akronim ADDIE adalah singkatan bagi Analysis,
Design, Development, Implementation dan Evaluation.
Model Reka Bentuk
PengajaranADDIE
Analysis (Analisis)
Design (Rekabentuk)
Model Gaya Development (Pembangunan)
Pembelajaran
Perceptual Reid
1987 Implementation (Perlaksanaan)
Evaluation (Penilaian)
Rajah 1. Kerangka Kajian Reka bentuk MIZANIS SoL
MIZANIS SoL juga direka bentuk berasaskan kepada kajian seperti yang disarankan oleh
Reid, (1987) dalam inventori pembelajaran. Kecenderungan rangsangan fisiologikal iaitu
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 159

