Page 179 - e Prosiding Serai 2021
P. 179

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021
               • Auditori - Pelajar auditori ialah mereka yang gemar belajar secara mendengar contohnya
               mendengar  syarahan,  perbincangan,  rakaman  dan  sebagainya  yang  melibatkan  deria

               pendengaran.
               •  Kinestetik  -  Pelajar  kinestetik  ialah  mereka  yang  perlu  menggunakan  keseluruhan
               pergerakan  badan  serta  melalui  sendiri  sesuatu  pengalaman  untuk  mengingati  apa  yang

               dipelajari. Ini termasuk berlakun dan membina sesuatu model.
               •  Taktil  -  Pelajar  taktil  ialah  mereka  yang  perlu  menggunakan  pergerakan  tangan  apabila
               belajar seperti mengaris atau mengambil nota apabila mendengar terutamanya mereka yang

               kurang mahir dalam pembelajaran secara auditori.
               ii.  Kecenderungan Rangsangan Sosiologikal

               • Belajar secara berkumpulan - Pelajar sedemikian lebih senang belajar dan lebih berjaya
               menyiapkan tugasan yang diberi apabila bekerja dalam kumpulan.
               • Belajar secara sendirian - Pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran sosiologi begini lebih

               gemar belajar secara sendirian. Mereka berfikir dan mengingati fakta lebih baik apabila belajar
               secara sendirian.


               METODOLOGI KAJIAN

               Reka bentuk kajian terbahagi kepada dua bahagian iaitu:


               Reka bentuk Pembangunan Aplikasi MIZANIS SoL
               Reka bentuk pembangunan sistem inventori gaya pembelajaran pelajar IPGKSM (MIZANIS

               SoL) adalah berasaskan kepada Model reka bentuk sistem pengajaran ADDIE dan  Model
               gaya pembelajaran perceptual Reid 1987. Rajah 2 adalah kitar hayat pembangunan (SDLC)

               MIZANIS SoL



















               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                161
   174   175   176   177   178   179   180   181   182   183   184