Page 178 - e Prosiding Serai 2021
P. 178

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021
               merujuk  kepada  empat  gaya  visual  (melihat),  gaya  auditori  (mendengar),  gaya  kinestetik
               (pergerakan)  dan  gaya  taktil  (merasa),  manakala  kecenderungan  rangsangan  sosiologikal

               pula merujuk kepada jenis gaya pembelajaran yang dikenal pasti sama ada murid-murid lebih
               cenderung untuk belajar secara bersendirian ataupun secara berkumpulan.


               SOROTAN LITERATUR

               Menurut Schwab (2016), IR4.0 akan mengubah cara hidup dan corak kerja manusia yang

               terpaksa berdepan dengan dunia digital sebagai keperluan masa depan. Jelas dilihat hari ini,
               perubahan  amat  ketara  bukan  sahaja  di  Malaysia  malah  di  seluruh  dunia  mengalami
               penyesuaian diri dalam PdP norma baharu. Setiap individu yang bergelar pelajar terpaksa

               berdepan dengan persekitaran dunia digital secara dalam talian untuk mendapat ilmu yang
               bermakna.  Generasi  Z  memerlukan  acuan  yang  betul  dan  sempurna  dalam  mendepani

               teknologi IR4.0 kerana generasi inilah yang bakal memimpin dunia dalam beberapa dekad
               dari sekarang. Sladek dan Grabinger (2013) menjelaskan bahawa Generasi Z merupakan
               kluster generasi yang berani membuat keputusan sendiri, berhasrat membina kerjaya sendiri

               dan bercita-cita menjadi usahawan.
                       Generasi Z juga dikenali sebagai Digital Natives yang tahun kelahiran adalah antara
               1998 hingga 2009 (Tapscott, 2008). Generasi Z lahir dan membesar  dengan kematangan

               revolusi internet, bersikap proaktif dalam pembelajaran, suka pendidikan dan pengetahuan
               segera.  Menurut  Bill  Gates, generasi  ini  merupakan generasi  informatif yang  mampu  dan
               mahir mengakses gajet-gajet terkini seperti telefon pintar, iPad, PDA, iPod, Pemain MP3 dan

               sebagainya.
                       Gaya  pembelajaran  merupakan  pendekatan  kepada  pembelajaran  dan  cara  untuk

               belajar (Wong, Norlia, Tan & Ridza, 2019). Ia mempengaruhi strategi pembelajaran pelajar,
               strategi pengajaran guru serta perkaitan antara kedua-duanya. Jika perkaitan kedua-duanya
               serasi, pembelajaran lagi bermakna dan terkesan. Satu pendekatan perlu diambilkira bagi

               mengetahui  kecenderungan  gaya  pembelajaran  setiap  pelajar  agar  pencapaian  akademik
               yang cemerlang diperolehi kelak.
                    Terdapat beberapa perspektif dan dimensi gaya pembelajaran yang dikemukakan oleh

               pakar-pakar dan para pengkaji lepas. Gaya pembelajaran yang dibincangkan dalam kajian ini
               ialah    Model  Gaya  Pembelajaran  Perceptual  Reid  1987.  Model  gaya  pembelajaran  ini
               merangkumi dua bahagian iaitu :

               i.   Kecenderungan Rangsangan Fisiologikal
               • Visual - Pelajar visual ialah mereka yang gemar belajar dengan melihat maklumat baru yang

               dipelajari  itu  samada  dalam  bentuk  gambarajah  atau  tulisan.  Mereka  juga  boleh
               mengambarkan apa yang dibaca atau dilihat sebelumnya.




               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                160
   173   174   175   176   177   178   179   180   181   182   183