Page 181 - e Prosiding Serai 2021
P. 181
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Fasa 2
Fasa 2 merupakan fasa kedua dalam Model Kitar Hayat Pembangunan (SDLC) MIZANIS SoL.
Fasa 2 terdiri daripada tiga fasa iaitu Fasa Reka Bentuk, Fasa Pembangunan dan Fasa
Implementasi. Dalam fasa ini proses berlaku secara iterasi dan berterusan sehingga
MIZANIS SoL siap sepenuhnya dan bersedia untuk diuji kepada pengguna sebenar iaitu
pelajar PISMP IPGKSM.
Fasa Reka Bentuk
Fasa reka bentuk dilaksanakan selepas proses analisis keperluan selesai. Fasa ini
merangkumi mereka bentuk struktur teknikal MIZANIS SoL, mereka bentuk modul-modul,
mereka bentuk antara muka pengguna dan mereka bentuk algorithma.
Fasa Pembangunan
MIZANIS SoL direkabentuk dan dibangunkan adalah adaptasi daripada Model Gaya
Pembelajaran Perceptual Reid 1987 dan Model Reka bentuk Pengajaran ADDIE. Model ini
bertujuan untuk memastikan penyelidik menjalani proses pembangunan perisian secara
sistematik dan teratur. Fasa pembangunan merupakan fasa yang mengambil masa yang agak
lama yang berasaskan sumber media dan tenaga manusia, masa dan sebagainya (Hazlina &
Yuzita, 2013).
Pembangunan di sini merujuk kepada membangun dan menghasilkan MIZANIS SoL
berasaskan reka bentuk yang telah ditetapkan dalam fasa reka bentuk. Kebolehfungsiaan
MIZANIS SoL ini adalah bergantung kepada pengaturcaraan komputer dalam fasa
pembangunan ini. Dalam fasa ini melibatkan bahasa pengaturcaraan PHP.
Fasa Implementasi
Fasa ini merupakan fasa penilaian formatif bagi sistem yang dibangunkan. Ianya dilaksanakan
untuk menguji keberkesanan dan masalah-masalah yang tidak disedari semasa fasa reka
bentuk dan fasa pembangunan. Proses penilaian formatif bagi pakej MIZANIS SoL yang
bercirikan Model Gaya Pembelajaran Perceptual Reid 1987 diuji melalui dua pengujian iaitu
pengujian alfa dan pengujian beta. Pengujian alfa dan pengujian beta adalah bagi mendapat
maklumbalas daripada pihak tertentu untuk pembaikian dan penambahbaikan MIZANIS SoL.
Fasa Tiga
Fasa ketiga ini melibat proses penilaian sumatif aplikasi MIZANIS SoL terhadap pengguna
akhir. Pengguna akhir ataupun pengguna sebenar yang dimaksudkan dalam penilaian sumatif
MIZANIS SoL adalah 222 orang pelajar PISMP IPGKSM. Penilaian sumatif dilaksana
berasaskan Model Gaya Pembelajaran Perceptual Reid 1987 bagi atribut visual, auditori,
kinestetik, taktil, kumpulan dan sendirian.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 163

