Page 246 - e Prosiding Serai 2021
P. 246

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               pada kiraan separuh detik ke atas, memberi imaginasi visual yang jelas terhadap nilai sekecil
               tersebut.



               KESIMPULAN KAJIAN DAN SYOR CADANGAN KAJIAN


               Pemahaman terhadap nilai notasi muzik tidak menjamin corak irama dapat dihasilkan dengan
               tepat. Penghasilan bunyi yang tepat sepatutnya difokuskan sebagai keberhasilan yang ditujui.
               Apa gunanya sekiranya teori muzik difahami tanpa amali muzik yang tepat. Sistem Silabik

               Irama  Takateke  menggabungkan  penguasaan  irama  dan  penguasaan  detik  dalam  satu
               pelajaran  dapat  memperlihatkan  hubungan  antara  elemen-elemen,  maka  sistem  ini

               menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan praktikal.
                       Sistem  Silabik  Irama  Takateke  memperlihatkan  keupayaan  dalam  penguasaan
               ketepatan irama, dan kestabilan detik dengan pantas dan berkesan. Silabik yang digunakan

               membezakan  macrobeat  dan  microbeat  dengan  vowel  yang  berlainan,  membolehkan  ia
               memberi tekanan pada detik dan seterusnya memokuskan pada kestabilan detik.

                       Prinsip  ‘bunyi  sebelum  simbol’  yang  membawakan  konsep  verbalisasi  simbol,
               menghubungkan  sebutan  dengan  simbol,  meningkatkan  pendengaran  dalaman  melalui
               ingatan  sebutan,  telah  memyenangkan  pembelajaran  irama  di  samping  membawa

               pemahaman  terhadap  kestabilan  detik  secara  bersepadu.  Sistem  Silabik  Irama  Takateke
               menjadikan pengenalian notasi muzik menjadi lebih menarik dan berkesan, tanpa mewajibkan
               pengenalian pada nilai-nilai pecahan notasi muzik.

                       Inovasi dalam bidang pembelajaran muzik ini, boleh diperkembangkan lagi kepada
               pembelajaran  instrumental  yang  menggunakan  sistem  notasi  nombor.  Dengan  adanya
               kebolehan membaca notasi muzik, skor lagu tidak lagi memerlukan terjemahan dari notasi

               muzik ke notasi nombor yang biasanya dilaksanakan bagi instrumental tradisional.
                       Melalui penyelidikan ini, terbukti bahawa siswa yang tiada asas muzik masih berupaya

               belajar muzik. Tidak mustahil keadaan seumpama ini juga boleh berlaku di kalangan warga
               emas yang tiada asas muzik. Maka kajian yang akan datang boleh memberi fokus kepada
               persampelan kumpulan sedemikian.



               RUJUKAN

               Abeles,  H.,  Hoffer,  C.  &  Klotman,  R.  (1995).  Foundations  of  Music  Education.  New  York:
                     Schirmer Books.
               Bennett,  H.M.  (2010).  Integrating  Curriculum:  A  teacher  inquiry  approach  to  creating  an
                     integrated  secular  Judaic  unit.  Dissertation  of  Doctor  of  Education.  University  of
                     Califonia.

               Choksy, L. (1999). The Kodaly Method I: Comprehensive Music Education. Upper Saddle
                     River, New Jersey: Prentice-Hall.

               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                228
   241   242   243   244   245   246   247   248   249   250   251